SIRI 46: The Complete Human (Manusia Yang Lengkap)
Video
Sinopsis
Video ini menceritakan mengenai kehidupan seseorang
manusia itu sama ada sudah cukup betul-betul lengkap atau sebaliknya. Ianya dinilai dari sudut
kerohanian manusia itu di sisi Allah SWT. Diumpamakan kehidupan manusia kini
ibarat seekor serigala yang terpaksa memakan darahnya sendiri untuk meneruskan
kehidupan. Tambahan pula perbuatan serigala itu adalah tanpa disedarinya
sendiri dan akhirnya terkorban akibat perbuatannya itu.
Persoalannya di sini
siapakah yang patut dipersalahkan atas perbuatan keji itu? Adakah manusia itu
sendiri atau keadaan persekitaran yang memaksa keadaan itu berlaku? Apabila
kita menyalahkan keadaan persekitaran, ini menunjukkan terdapat pengaruh luar
yang mempengaruhi fikiran manusia. Oleh sebab itu, sejauh mana manusia itu
mengawal dirinya dari terus dipengaruhi oleh anasir-anasir buruk yang terus
menusuk ke akal fikiran manusia.
Ini jelas menunjukkan,
segala perbuatan manusia itu adalah terdorong dari jiwanya sendiri. Jiwa yang
baik akan menjadikan ianya ke arah kebaikan, manakala jiwa yang buruk akan
menjadikan ianya ke arah keburukan. Jiwa itu amatlah penting dalam diri setiap
manusia. Walaupun terdapat pengaruh yang kuat dari negara luar, namun semuanya
terletak kepada jiwa itu sendiri untuk mengawal dirinya dari terjebak kepada
perkara-perkara buruk.
Pengaruh-pengaruh barat
yang terlalu banyak memerangi minda masyarakat Islam kini yang semakin meluas
membuatkan golongan barat semakin meyakini usaha mereka dalam menjatuhkan
Islam. Sama ada dari sudut sosial, ekonomi, pendidikan mahupun sistem
pembangunan negara. Semuanya terletak kepada unsur pentadbiran negara Islam itu
sendiri untuk mentadbir negara dalam kehidupan kemasyarakatan masa kini.
Secara kesimpulannya,
jiwa itu merupakan tunjang utama dalam diri sebagai seorang khalifah di muka
bumi ini. Mengawal diri dari terus diperangi minda oleh pengaruh-pengaruh barat
dapat membanteras dari anasir-anasir yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.
Lengkapkan diri dengan sifat-sifat kerohanian serta perkara-perkara mahmudah dapat menjadi benteng dari dipengaruhi minda
dan jiwa. Jadilah khalifah yang lengkap dengan membersihkan jiwa di sisi Allah
SWT.
HELDAWATI BTE ZULKEFLY
SIRI 47: The Free Human
(Insan yang bebas)
Video
Sinopsis
Video ini menjelaskan tentang perkembangan dunia sains
dan teknologi yang di telah dirancang oleh Yahudi bagi memanipulasi kehidupan
manusia di dunia ini. Perkara yang telah dirancang oleh pihak Israel ini telah
menyerap masuk dalam kehidupan manusia seharian. Tanpa disedari kita telah
dikawal oleh kuasa yahudi. Apatah lagi apabila dunia dikejutkan dengan
kejatuhan nilai mata wang yang menyebabkan kepergantungan kepada wang
elektronik.
Apabila
wang menjadi perkara yang penting dalam kehidupan seharian. Kita semakin leka dalam
kesibukan bekerja menyebabkan wujudnya wang halimunan.Wang yang tidak dapat
dipegang dan dilihat oleh kita hasil pendapatan kita sendiri.Persoalannya
pernahkah kita terfikir kemudahan ini adalah hasil dari penciptaan Israel.?
Apakah muslihat Israel mencipta semua ini.Siapakah yang perlu dipersalahkan? Kenapa kita tidak
terfikir bahawa kita telah dikawal oleh Israel?
Ini bermakna Yahudi berjaya
mencipta wang elektronik bagi menggantikan nilai wang yang semakin tidak
bernilai. Mereka telah mengawal aliran wang sepenuhnya.Ini menjadikan manusia
sebahagian daripada mesin dan jentera yang dikawal oleh yahudi. Penciptaan wang
elektronik ini yang mampu memberi keuntungan yang besar kepada mereka.
Bayangkanlah berbekalkan
sekeping kad ATM mampu menjelaskan segala bayaran dengan sekelip mata.
Kemodenan,kecanggihan dan kemudahan yang wujud sekarang telah menyebabkan
manusia kurang berusaha dan malas untuk memikirkan sesuatu yang baru. Dulu kita
diajar berusaha untuk dapatkan sesuatu berbeza dengan generasi sekarang.Apa
sahaja yang diingini mudah didapati tanpa usaha yang gigih.
Siapakah yang
bertanggungjawab membebaskan kita dari bergantung dengan Yahudi? Dimanakah hak
kebebasan kita sebagai manusia ? Siapakah yang harus bertanggungjawab atas
kewujudan pengangguran manusia yang semakin ramai.Peluang pekerjaan yang
terbatas.Majikan lebih menyukai mesin atau jentera daripadat menggunakan tenaga
manusia.Hubungan kemanusiaan yang semakin rapuh.Manusia lebih mempercayai mesin
berbanding manusia.Ketulusan dan semangat integriti semakin merosot.Kurangnya
pergaulan kemanusiaan turut menyebabkan perkembangan minda dan keceerdasaan
emosi terganggu.
Secara kesimpulannya,kecanggihan
dan kemodenan kini telah memesongkan kita daripada kehidupan semulajadi.Dengan
itu berhentilah daripada terus bergantung kepada sistem dan perlu sentiasa
berhati hati dan berwaspada dalam menikmati kemudahan ini.Akal bertindak untuk
terus mencari idea-idea baru untuk merampas kembali kebebasan yang telah
dikawal oleh yahudi melalui sistem-sistem yang telah dibuat. Inilah cara
terbaik untuk kita lakukan daripada terus di kawal yahudi dan menjadi insan
yang bebas.
JUMIATUL ADAWIYAH BINTI ISMAIL
SIRI 48: The Arrival Of The
Mahdi (Ketibaan Imam Mahdi)
Video
Sinopsis
Video ini menjelaskan tentang kepesatan dunia kini
yang telah banyak berubah dengan kecanggihan dari semua aspek. Semuanya seolah-olah
telah dirancang dari awal lagi oleh manusia yang sangat angkuh akan takhta yang
mereka miliki kini di samping membina pemerintahan baru yang penuh kezaliman
dan kepura-puraan semata-mata.
Mereka yakin akan
kebangkitan Dajjal dan bersedia menyerahkan dunia ini kepada La’natullah itu.
Mereka juga terlupa akan satu perkara yang mereka sendiri tidak mungkin dapat
menafikan iaitu kemunculan Imam Mahdi dan juga dikenali sebagai Khalifah
terakhir di dunia ini yang mana Beliau menjadi satu petanda akan Hari Kiamat.
Abu Sa'id al-Khudry r.a, berkata : Nabi S.A.W bersabda bahawa “akan ada bencana yang menimpa umat ini
sehingga mereka tidak mendapatkan tempat untuk berlindung dari kezaliman
tersebut, maka Allah mengutus seorang lelaki dari keturunanku dan keluargaku,
maka pada saat itu dunia ini dipenuhi keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi
kezaliman dan kemungkaran, penduduk langit suka dengannya begitu pula penduduk
bumi, tidak meninggalkan langit satu titispun dari air yang turun darinya
melainkan menumbuhkan tanaman dan menyuburkan tanah, dan tidak meninggalkan
bumi dari tumbuh tumbuhannya melainkan mengeluarkan tanaman sehingga orang yang
meninggal pun ingin hidup kembali”.
Manusia akhir zaman akan
menyaksikan kemenangan terakhir yang bakal diketuai oleh Imam Mahdi justeru
mengubah pandangan dunia selama-lamanya. Imam Mahdi merupakan lelaki istimewa
yang berdarah daripada dua (2) keturunan iaitu bapanya datang dari keturunan
Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ismail a.s. Ibunya pula berketurunan Nabi Isa a.s.
dan Nabi Ishak a.s. Beliau juga yang akan menyatukan kita semua dalam
memperjuangkan Islam untuk menentang Dajjal kelak. Secara realitinya hari ini Imam Mahdi tidak
menzahirkan lagi dirinya. Oleh itu, bilakah dia akan zahirkan diri? Semua ini
menjadi rahsia Allah S.W.T dan kita tidak mampu untuk mengetahui secara hakikat
dan tepat akan kemunculannya. Persoalannya, sudahkah kita bersedia akan
ketibaan Imam Mahdi?
Secara kesimpulannya, di sini seolah-olah agak jelas
bahawa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka dan sentiasa berjaga-jaga
menanti tibanya Imam Mahdi daripada kita sebagai umat Islam sendiri dalam hal
mempersiapkan diri dengan kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Pada masa yang
sama juga, umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai kesahihan atau
kedhaifan akan hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.Keadaan ini sebenarnya
menyedar dan meyakinkan lagi kita bahawa Imam Mahdi itu memang benar-benar akan
muncul. Jika tidak, masakan orang-orang Barat sering memperkatakan soal ini dan
mereka seolah-olah takut benar dengan nama Imam Mahdi itu, bagaikan Imam Mahdi
yang dimaksudkan akan membawa bala bencana terburuk kepada mereka.
SURIYATI BINTI JAHAYA
SIRI 49:
Ketibaan Dajjal
Video
Sinopsis
Hakikat zaman
kini Dajjal itulah yang sedang dipersediakan oleh tentera Vatican dan tentera
Zionis. Lambang mata satu juga digambarkan di dalam pelbagai filem hatta di
atas not wang kertas negara Amerika Syarikat yang ada simbol Mata Satu
di atas Piramid. Pembuktian pengaruh Dajjal sudah berada lama di gereja. Ada
gambaran bahawa gereja telah menipu tentang Jesus, malah bagi penyembah
matahari terdapat gambaran matahari yang berbentuk mata dibelakang kepala
gambar. Misi sebenar Zionis adalah meniru karakter Nabi Isa a.s sedangkan Nabi
yang sebenar adalah Nabi Isa a.s anak Maryam atau Jesus.
Takhta Dajjal disediakan dari Israel
sendiri. New World Order Pemerintahan
‘dunia baru’ bermaksud penguasaan pemerintahan dunia oleh kuasa besar
dunia Memecahbelahkan dan memerintah
adalah Motto Zionis untuk mencetuskan pergaduhan sesama manusia sementara
mereka bersedia dengan kedatangan Dajjal mereka. Konspirasi diwujudkan bagi
sesiapa yang menentang Zionis seperti yang berlaku kepada J. F. Kennedy yang dibunuh
setelah mengeluarkan kenyataan tentang konspirasi perancangan jahat dan kejam
Yahudi Zionis untuk menyebarkan pengaruh.
Zionis menguasai bidang ketenteraan, diplomatik, kebijaksanaan, ekonomi,
saintifik dan operasi politik.. Gerakan tentera baru di Israel juga diwujudkan
dengan singkatan nama tentera baru di Israel ialah “Kifr Brigade”. Agenda Zionis yang menghasilkan Hitler
untuk mencapai visi New World Order yang ditubuhkan di Israel. Untuk menjamin
kestabilan kewangan Zionis maka Bank Negara Amerika yang memperkenalkan amalan
riba dalam sistem perbankan.
MOHD RIZAN BIN
HARON
SIRI 50:
Video
Sinopsis
Tajuk :
Ketibaan Nabi Isa
Video dari siri
1 hingga 49 adalah rentetan dan penerangan untuk membebaskan diri dari kekangan
fizikal, mental dan spiritual. Ianya lebih kepada untuk memahamkan dunia untuk
mengimbas dengan minda yang bebas. Di antaranya ialah agenda Yahudi dengan
mewujudkan agama-agama lain malah mengaburi minda dan kepercayaan manusia
terutama dengan istilah God Son ataupun istilah bagi sebutan
sebenar God Sun.
Sun bererti
matahari, iaitu lambang kaum Pagan yang menyembah matahari bersimbol mata di
belakang kepala. Teori DARWIN direka cipta untuk melemahkan jiwa manusia
terhadap ciptaan Pencipta. Kita dipecah perintah kepada Sunni dan Syiah. Maka
umat Islam tertipu dengan ilusi Pemerintahan Dunia Baru (New World Order)
Konspirasi
global dirangka dengan teliti sehingga Islam jauh menyimpang dari ajaran
sebenar yang hakikatnya kita mempunyai satu Tuhan dan berkongsi nabi-nabi-Nya.
Sistem ini sebenarnya sudah dirangka dengan teliti oleh Yahudi Zionis. Wujudnya
kumpulan Iluminati yang bukan tidak percaya kepada Tuhan tetapi mereka bekerja
di bawah sebuah agenda yang membina ke arah ketibaan Dajjal mereka. Mereka amat
berbangga bekerja dengan iblis dan syaitan.
MUHAMMAD HELMI
BIN HAJI DAMANHURI
SAMSUL BAKHTIAR BIN HJ KASBOLAH
No comments:
Post a Comment