SIRI 6: PEPERANGAN TENAGA MANUSIA
Video
Sinopsis
Hubungan setiap manusia adalah dikawal oleh pengikut Dajjal melalui minda,
badan dan jiwa. Setiap manusia, benda di sekelilingnya dan juga alam semesta
adalah tenaga yang terdiri dari atom, elektron dan proton. Rekabentuk oktagon,
kubah dan piramid adalah binaan yang kuat untuk menyalurkan tenaga. Pengikut
elit Dajjal dan kumpulan rahsia Freemason akan memastikan amalan atau
penyembahan kepada syaitan yang diwarisi dari nenek moyang mereka akan menyalur
dan mengaut tenaga negatif. Hampir semua bangunan yang dimiliki kumpulan
Freemason mempunyai binaan geometri suci. Stargate adalah lokasi tertentu di
dunia yang dipanggil titik pertemuan yang menghasilkan tenaga yang teramat
banyak dan para elit membina bangunan-bangunan penting di titik pertemuan ini.
Kempulan rahsia Freemason telah menyebarkan
ideologi Freemason kepada ahli politik, tentera Perancis, pegawai-pegawai
tinggi dan jeneral. Ideologi ini giat berjalan dalam keadaan rahsia secara
berterusan untuk mencetuskan revolusi contohnya Revolusi Perancis. Kononnya
‘Bapa Amerika’ telah berlabuh di Batu Plymouth, Amerika. Sebenarnya mereka
adalah golongan Perancis yang membawa elemen Freemason dari Eropah. Rejim
British juga mewujudkan peperangan di
mana seluruh ahli-ahli tentera adalah penyokong Freemason dan mengawal seluruh
Amerika seperti Perancis. Mereka juga membangkitkan emosi rakyat Amerika untuk
menentang British yang diketuai oleh George Washington.
Pada 4 Julai 1776, Deklarasi Kemerdekaan telah
ditandatangani dan akhirnya pada 17 Oktober 1781, tentera British telah
dikalahkan, mereka menyerahkan ‘Amerika’ kepada pemerintah baru yang pertama
berasaskan Freemason iaitu satu negara yang mewakili Freemason dalam apa jua
keadaan. Bukti jelas ialah gambar Presiden Freemason pertama di dunia dan lambang
mata satu ‘yang maha melihat’ pada wang satu dolar Amerika. Akhirnya gagasan
pemerintahan dunia baru ‘ New World Order’ telah diisytihar oleh George W. Bush
untuk menghormati para Firaun terdahulu dan yang terakhir ‘al-Masih al-Dajjal’.
MOHD ANAS IBRAHIM BIN MOHD
ZAINI
SIRI 7: FIRAUN PADA HARI INI
Video
Sinopsis
Siri ini berkisar berkenaan peradaban tamadun Mesir Purba, tentang
bagaimana mereka menyimpan rekod tentang budaya dan sejarah pada makam, kuil
dan pasu. Sejarah
ini kekal tersimpan rahsia oleh orang atasan selama lebih 40000 tahun.
Walaubagaimanapun tiada satu pun rekod yang dijumpai berkaitan dengan pembinaan
piramid yang merupakan binaan agung mereka dan turut dipersoalkan tujuan
pembinaannya. Sistem yang menyerupai zaman firaun masih lagi wujud hingga kini
seperti yang dipaparkan dalam video adalah kerajaan monarki Inggeris. Antara
yang dibongkarkan adalah berkenaan bongkah batu Jacob yang diletakkan di bawah
takhta permaisuri, upacara kemahkotaan permaisuri yang melalui tangga yang
menyerupai binaan piramid Mesir, Mahkota Monarch yang dihiasi 12 batu yang
mewakili 12 kaum Israel yang juga dipakai oleh paderi besar Israel dan bendera
Union Jack yang melambangkan penyatuan 12 kaum Israel yang dikenali sebagai
United Kingdom yang terdiri daripada warna merah , biru dan putih seperti juga
warna tiga mahkota Mesir. Begitu juga dengan tongkat yang dihiasi berlian
dinamakan Bintang Afrika yang dipegang Permaisuri Elizabeth ke 2 yang kelihatan
seperti tongkat Omen iaitu tuhan Mesir serta cemeti yang disorok di bawah
lengan kirinya. Baju diraja Permaisuri dihias dengan corak berbentuk lebah yang
mana adalah lambang keluarga diraja dan negara Mesir. Dari segi lambang pada
simbol diraja pula mencerminkan asal usul Yahudi selain ciri fizikal pada topi
hakim dan kerabat tertinggi serta selendang putih yang dipakai oleh Putera
Charles. Ciri-ciri pembangunan Dubai di mana bangunan yang dibina seperti Burj
al Khalifa, The Emirates Tower beserta bangunan DIFC yang digelar
The Gates, The Octagon Pyramid dan pasaraya WAFI tidak lari daripada
konsep Mesir Purba yang mengagungkan tuhan mereka.
SIRI 8:
Video
Sinopsis
Siri ini mendedahkan rekabentuk piramid di atas bangunan yang dibina yang
melambangkan kerajaan Firaun dan keagungan tuhan mereka. Antara bangunan
tersebut adalah Piramid Lourve yang merupakan piramid kaca yang dikelilingi
oleh tiga piramid kecil di Muzium Lourve di Paris,Perancis. Selain itu terdapat
juga Piramid Luxor di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat yang merupakan sebuah
hotel dan kasino. Di bahagian Timur Tengah pula terdapat sebuah pasaraya yang
dikenali sebagai Wafi Mall yang terletak di Wafi City yang terdiri daripada
hotel, restoren, perumahan dan kelab malam. Wafi City adalah bercirikan Mesir Kuno
yang dilatari oleh ruangan yang menyerupai karnak, piramid kecil dan imej
Firaun. Struktur puncak Raffles Dubai yang bercahaya pada waktu malam mirip
seakan-akan lambang Freemason. Di bahagian dalam Wafi Mall tertegak lapan tiang
yang membentuk oktagon di bawah sebuah piramid yang di atasnya terdapat all-seeing
eye (mata yang melihat segala) yang merupakan simbol Dajjal. Begitu juga ciri Freemason yang dijumpai dalam
rekabentuk sebuah kafe yang digelar The Square. Binaan yang terdapat di
kafe tersebut adalah dua tiang yang diantaranya terdapat lantai hitam putih.
Setiap binaan yang berbentuk piramid tidak terkecuali daripada simbol mata satu
seperti yang terdapat di piramid tiga.
SIRI 9:
Video
Sinopsis
Siri ini berkisar
berkenaan seorang produser filem, Abdulah Hashem. Beliau merupakan seorang
kacukan Amerika dan Mesir serta tinggal di Brooklyn, New York dan Mesir selama
lapan tahun sebelum berpindah ke Mooresville, Indiana. Beliau memuatnaik video
di YouTube berkisar berkenaan The AntiChrist dan Dajjal will
be a Reptilian Shapeshifter sekitar tahun 2007. Namun demikian, YouTube
telah memadam dan menghalang beliau untuk memuatnaik video tanpa sebab
tertentu. Abdullah Hashem amat menggemari sesuatu yang bersifat pelik dan
beliau sendiri mengakui akan hakikat tersebut. Dalam temubual bersama Siaran
Fox, beliau menyatakan pernah membuat laporan berkenaan pemburu Yeti dan
Bigfoot dan merancang untuk menerbitkan dokumentari berkaitan UFO dan alam
ghaib. Video ini memaparkan secebis daripada kisah beliau yang ketika itu masih
bergelumang dengan dunia Hollywod sebelum bersara. Sepanjang bekerja di sana,
beliau menyedari akan sistem dajjal yang disebarkan melalui kaca televisyen dan
dunia hiburan Hollywood dan mula menjelajah ke seluruh Amerika untuk menyebarkan
pendedahan ini. Dalam kembaranya bersama Hashemfilms, beliau mendedahkan
beberapa orang dan lebih daripada satu nabi palsu, fenomena UFO dan kaitan
dengan jin dan ilmu hitam serta rahsia dunia Freemason berkaitan pergerakan dan
ejen yang terlibat dalam merealisasikan pemerintahan Dunia Baru. Beliau sendiri
telah memperakukan akan hasil kerja The Arrivals oleh Noreagaaa dan Achenahr
dan menyokong sepenuhnya akan usaha membongkar kegiatan tersembunyi Dajjal.
Beliau juga mempunyai web sendiri iaitu HasEMSFilms.com.
SIRI 10: PEPERANGAN TENAGA MANUSIA
Video
Sinopsis
Episod
10 menceritakan tentang pemerintahan dunia baru yang tidak disedari oleh umat
Islam pada masa kini. Ini merupakan episod permulaan bagi bahagian kedua “The
arrivals” yang mana ingin menceritakan berkaitan asas-asas dajjal di
pemerintahan dunia baru kini. Pada episod ini, pengarah menceritakan bahawa
umat Islam telah dijajah pemikirannya dengan kemodenan dunia semenjak 100 tahun
dahulu dengan tujuan untuk menyesatkan manusia. Seperti dengan adanya
penciptaan alat-alat moden seperti television,internet dan media-media lain
yang memnyebarkan agenda-agenda Yahudi yang dikatakan merupakan kemunculan
dajjal kecil tanpa disedari. Definisi dajjal yang telah disiarkan di dalam
dokumentari telah memberikan sedikit gambaran bahawa betapa pengaruhnya dajjal
ini di kalangan masyarakat untuk memesongkan akidah umat Islam berlawanan
dengan apa yang telah dikatakan oleh nabi Isa. Dan boleh dikatakan di sini bahawa perkara ini
telah berlaku pada zaman kini. Sebagai contoh mengatakan bahawa dunia ini
adalah kekal abadi berbanding akhirat yang dikatakan alam sementara.
No comments:
Post a Comment