SIRI 21:
Video
Sinopsis
The Arrivals dalam episod 21 dengan tajuk “What
Is Yet To Come” atau Apa lagi yang akan datang? Video yang berdurasi 10
minit ini dimulakan dengan ucapan tahniah dan terima kasih dari pihak yang
memuat naik siri-siri The Arrivals kerana penonton telah menghabiskan tontonan
bahagian kedua sebanyak 20 episod, ini bermakna separuh siri The Arrivals telah
berjaya ditonton.
Setiap episod The Arrivals telah mendapat 12
kepujian secara purata, ini sesuatu yang amat baik bagi pihak yang memuat naik
siri ini. Setiap pujian amat dihargai mereka. Juga terima kasih yang khusus
buat pihak yang menyebarluaskan siri-siri The Arrivals di laman sesawang. Kesemua persoalan akan dijawab dalam siri-siri yang
seterusnya. Pihak admin berharap para penonton terus mengikuti siri-siri yang
seterusnya dan teruskan berfikir membuka minda agar belenggu penjajahan minda
merdeka dari sebarang bentuk penjajahan. Pihak admin juga menyiarkan ringkasan
siri-siri sebelum ini.
Setelah melepasi dua ratus
ribu tontonan di internet pada 21 Julai 2008 siri The Arrivals telah dirobohkan
dan cubaan-cubaan untuk menontonnya gagal. Namun pihak admin berjanji siri-siri
seterusnya akan terus dilengkapkan demi satu misi agar umat Islam menggunakan
akal yang diberikan Allah swt untuk berfikir, merenung dan seterusnya bertindak
dalam menghadapi serangan-serangan musuh Islam yang pelbagai rencam dan gaya.
MOHD SHAHRUL BIN ABD RAZAK
SIRI 22:
Video
Sinopsis
Sebagai
contoh dipaparkan filem animasi dari Walt Distney yang fokus audiennya adalah
kalangan kanak-kanak. Di sini dipertontonkan wajah-wajah animasi syaitan,
watak-watak dan pengaruh syaitan agar golongan kanak-kanak ini diserapkan
dengan minda kesyaitanan. Selain itu, didedahkan juga symbol-simbol syaitan
yang sering diguna pakai oleh mereka sama ada dari kalangan masyarakat barat
hinggalah golongan pemimpin. Selain itu symbol-simbol freemason dan illuminati
pada bangunan-bangunan, pakaian, bendera dan sebagainya turut dipaparkan di
dalam video ini bagi menunjukkan pengagungan yahudi terhadap syaitan ini.
Kesimpulannya, video ini merungkaikan unsur-unsur kesyaitanan yang cuba
disampaikan agar minda manusia ini ditanam dan dikawal oleh aspek-aspek
kesyaitanan dalam kehidupan kerana bagi yahudi mempengaruhi minda manusia
kepada syaitan adalah penting.
SIRI 23:
Video
Sinopsis
Video
ini menjelaskan tentang kebendaan materialistik. Bagi barat dan yahudi
kehidupan di dunia ini adalah segala-galanya sehingga melupakan kehidupan yang
sebenar yang hakiki yaitu kehidupan akhirat. Di sini jelaslah unsur dan fahaman
sekular itu diterapkan kepada minda masyarakat dunia. Bagi orang Islam
kehidupan dunia adalah sementara, kesenangan dan nikmat dunia adalah sementara
dan dunia boleh menjadi tipu daya kepada manusia yang leka hingga lupa kepada
kehidupan akhirat. Di jelaskan fahaman sekular di dalam video ini bahawa wang
ringgit, gaya hidup mewah, kecantikan, kesenangan adalah maksud hidup sehingga
sanggup melakukan apa sahaja untuk tujuan tersebut sedangkan dalam agama Islam
perkara tersebut adalah sekadar perhiasan dunia yang tidak akan kekal ke alam
akhirat. Yahudi dan barat menerapkan fahaman sekular ini agar manusia lupa akan
maksud hidup dan manusia akan menyusahkan kehidupan mereka untuk mengejar
kemewahan dunia.
Di
dalam video ini juga menjelaskan manusia harus berperang dengan fahaman sekular
ini agar manusia tidak lupa akan asal usul kejadian dan kehidupan akhirat yang
kekal abadi selamanya. Video ini juga ingin menerangkan bahawa di dalam Islam,
manusia tidak akan berasa puas dengan apa yang mereka perolehi. Maka fahaman
sekular ini, mereka akan berusaha untuk membangunkan fizikal dengan melupakan
terus kepada pembangunan rohani. Yang cantik ingin cantik lagi, yang kuat ingin
kuat lagi, yang kaya ingin kaya lagi dan begitulah seterusnya hinggalah
kesudahannya mereka yang sebegini akan jatuh tersungkur menjadi hamba kepada
dunia. Kesimpulan video ini, janganlah mengabdikan diri kepada dunia cukuplah
hanya keperluan kerana dunia bukan tujuan hidup dan tujuan sebenar adalah
akhirat.
SIRI 24
Video
Sinopsis
1)
Dari sudut psikologi maklumat sebegini susah untuk dihadam dan diterima oleh
otak. Ianya kerana akan memaksa otak untuk bekerja kuat memprogramkan semula fikiran
dan tanggapan untuk perkara begini. Akhirnya otak mengambil jalan mudah untuk
melupakannya sahaja.
2)
Kesombongan. Mereka dipenuhi sifat sombong di mana mereka telah mempercayai apa
yang mereka percaya adalah lebih benar dari apa maklumat yang telah
disampaikan kepada mereka. Mereka juga mungkin tidak dapat menerima kebenaran
dan demi maruah mereka melolak perkara ini.
Kesimpulannya,
jelaslah kepada kita melalui video ini bahawa teori konspirasi yahudi,
freemason dan barat ini hendaklah dibebaskan penyebarannya agar kebenaran dapat
disebarkan.
SIEI 25:
Video
Video ini menjelaskan
konspirasi golongan elit dengan Dajjal. Mereka
sanggup mengadaikan nyawa mereka dengan membuat satu rancangan yang sebenarnya tidak
sempat diselesaikan atau disiapkan oleh mereka sendiri. Dajjal sebenarnya telah menjanjikan kepada golongan-golongan
elit ini dengan kekuasaan, kemewahan, kekayaan serta segala kenikmatan yang
tiada tandingan. Para nabi merujuk dunia
pada hari ini penuh dengan penipuan ini dengan al-Masih ad-Dajjal. Di dalam agama Islam Dajjal dipanggil sebagai
al-Aawar ad-Dajjal yang bermaksud ‘penipu bermata satu’. Dajjal merupakan satu
makhluk yang bernyawa dan juga merupakan sebuah bayangan.
Rasulullah s.a.w bersabda bahawa apabila Dajjal
dibebaskan di dunia dia akan hidup selama 40 hari. Dajjal sudah pun melengkapkan fasa pertamanya
iaitu satu hari seperti setahun di mana Britain merupakan kerajaan yang
memerintah dunia ini, dan nilai Pound merupakan mata wang antarabangsa. Dajjal pergi ke satu hari yang seperti
sebulan di mana Amerika Syarikat menggantikan Britain sebagai negara pemerintah
dunia ini dan US Dollar menjadi mata wang antarabangsa. Amerika Syarikat sedang
menyerahkan kekuasaannya kepada Jurusalem (Israel) sebagai negara pemerintah
dunia. Mata wang yang akan digunakan
adalah bersifat halimunan iaitu duit elektronik.
No comments:
Post a Comment