Siri 36 - 40

SIRI 36: The Story of Jesus
VIDEO
Sinopsis
Di dalam bahagian ini, ia menceritakan bagaimana untuk mendalami tentang agama Kristian dan Islam Diceroboh. Episod ini hanyalah untuk membangkitkan semula pesanan sebenar agama-agama ini dan untuk memisahkannya dari mereka yang mengawalnya. Episod ini menceritakan berkenaan kisah horus.  
MOHD AFIQ NAJHAN BIN MAHAMAD ISA
 
SIRI 37
Video
Sinopsis
Pemalsuan maklumat bermaksud seni memberi maklumat benar yang mencukupi supaya, apabila maklumat palsu pula diberikan, ia juga akan dianggap benar. Keluarga keturunan Freemason amat bijak dalam mempengaruhi minda manusia supaya berfikiran seperti mereka. Salah satu cara yang digunakan adalah melalui tayangan filem. Contoh filem ialah filem zeitgeist yang menumpukan kepada tiga bahagain. Bahagian pertama menekankan keagamaan, bahagian kedua pula meringkaskan kejadian 9/11 manakala bahagian ketiga menekankan persekutuan simpanan dan masa depan dunia kita.
Pengarah filem ini membuat filem untuk Freemosons. Mereka amat berkuasa untuk mempengaruhi minda manusia. Filem ini juga berkait rapat dengan Horus Ordo Sedorum yang bermaksud Pemerintah Dunia Yang Baru. Bahagian pertama filem yang menekankan keagamaan lahirnya Harus (Nabi Isa) oleh wanita suci, sedangkan tiada bukti yang menunjukkan Harus (Nabi Isa) dilahirkan wanita suci. Orang arab memanggil ibu Nabi Isa sebagai Maryam. Selain dari itu, adalah Isis. Bukan Isis mary atau Isis meri. Ilmu mesir purba juga menunjukkan tidak wujud Hama Mary atau Meri.
Sangkaan daripada bahagian pertama ialah Harus atau lebih dikenali Nabi Isa tidak pernah disalib. Terdapat beberapa laporan menyatakan dia telah digantung pada 2 tiang yang selari. Laporan yang lain menyatakan dia telah dipotong pada beberapa bahagian dan  ibunya mengambil bahagian itu dan mencantumkan semula untuk mengembalikan Harus
(Nabi Isa).
MOHD YUSAR BIN MOH ZAINI GB01308
 
 
SIRI 38
Video
Sinopsis
Agama yang dibawa oleh nabi saw ada satu tuntutan yang perlu dilakukan oleh penganutnya dalam sehari iaitu mengerjakan Solat lima waktu. Orang Yahudi dan Kristian mempercayai tuhan yang sama sebagaimana yang dipercayai oleh Orang Islam yang menciptakan alam ini. Orang Yahudi memanggil tuhan sebagai Jehora, Orang Kristian arab mungkin mereka memanggil Allah dengan tuhan yang sama dengan Orang Islam. Tuhan yang satu telah menjadikan wanita dengan jantina yang berbeza sebagai teman bagi lelaki, Islam amat menyanjung golongan wanita. Di dalam al-Quran ada menceritakan tentang Nabi Isa dan ibunya  Maryam yang suci. Al-Quran adalah sastera teragung yang diturunkan oleh oleh Allah melalui malaikat Jibril as.
Nabi Muhammad saw dianggap oleh tokoh-tokoh pemikir bukan Islam sebagai watak manusia yang paling hebat dalam sejarah. Walau apa pun yang dikatakan orang bukan Islam tentang Islam namum Islam tetap berkembang diseluruh dunia. Sebelum datangnya al-Quran, Allah telah menghantar kitab Injil, Zabur dan Taurat sebagai panduan umat Islam sebelum datangnya al-Quran, namun begitu kitab tersebut telah diubah isi kandungan yang sebenar oleh orang manusia yang tidak bertangjawab. Allah telah berjanji akan memelihara al-Quran contohnya dengan cara orang zaman dahulu sehingga sekarang, menghafaz al-Quran boleh mengelakkan daripada diceroboh.
Namun begitu, ramai penganut Islam tidak beramal apa yang telah diajar melalui al-Quran, jika diamalkan sudah pasti kita akan hidup aman dan damai. Jika kita melihat kecacatan yang ada dalam agama ini, yang sebenarnya bukan agama itu cacat, yang cacat adalah orang yang tidak beramal dengan agamanya. Islam tidak memandang pangkat, bangsa, warna kulit ianya adalah sama dan bersaudara. Sebagai contoh umat Islam menunaikan fardhu haji semuanya berpakaian yang sama tidak kira siapa semuanaya melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Jika peramal Islam yang sebenar ianya boleh menyelamat dan membebaskan dirinya dari sifat perkauman.
Tokoh Islam di Amerika Malcolm x telah mati ditembak ketika beliau hendak memberi ucapan. Inilah gambaran sebenar yang dilakukan oleh pihak yang tidak suka kepada Islam, Ini ternyata membuktikan kekejaman yang telah diperlakukan kepada Orang Islam.
MOHD AWALLUDDIN BIN HAJI ABD MANAN GB01295
 
 
SIRI 39
 
Video
Sinopsis
Para khalifah dan Imam dalam sejarah Islam. Empat Khalifah Islam yang terkemuka ialah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khatab, Saidina Uthman dan Saidina Ali. Kesemua mereka berkesefahaman dalam ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Namun begitu ada juga umat Islam tidak mempercayai apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Janganlah kita mempersalahkan kepada Nabi dan Islam, yang perlu disalahkan adalah diri sendiri.
Keempat-empat khalifah Islam ini, adalah dihormati dalam sejarah Islam.
 Apakah yang terjadi kepada mereka?
Saidina Umar dilantik sebagai Khalifah pada tahun 634. Pada tahun 644 beliau dibunuh.
Saidina Uthman dilantik sebagai Khalifah pada tahun 644. Pada tahun 656 beliau dibunuh.
Saidina Ali dilantik sebagai Khalifah pada tahun 656. Pada tahun 661 beliau dibunuh.
Pihak yang memusuhi Islam beranggapan mereka dalam peperangan antara pihak jahat dan baik. Mereka mengatakan; mereka pihak yang jahat, tetapi tidaklah jahat sangat. Ia menggapkan peperangan baik dan jahat ini semuanya seperti kepercayaan kepada Tuhan dan kepercayaan kepada Iblis adalah Politik. Politik syaitan diteruskan tanpa henti, dan Islam pula tidak dihiraukan. Hanya orang yang bodoh sahaja tidak dapat membezakan corak permainan mereka untuk menghancurkan Islam.
Serangan untuk melawan dan menutup kewajaran dan kebenaran. Memebuat satu rancangan fitnah yang rapi yang akan mengekalakn umat Islam dalam pertelingkahan dan ketiksatuan. Rasulullah saw berpesan, peganglah dua perkara nascaya kamu selamat iaitu al-Quran dan Hadis. Kitab Allah adalah satu tali dari syurga ke bumi dan ahli keluarga saya, kedua-duanya tidak akan berpisah  buat selama-lamanya.
Keluarga Rasulullah saw bermula dengan empat (4) ahli :
Imam Ali
Fatimah Azzahra’
Imam Hassan
Imam Hussein
 Serta Sembilan (9) imam yang lain mewarisi Rasulullah saw yang berjumlah 12 orang Imam. Ramai dikalangan umat Islam tidak tahu apakah yang terjadi kepada para pewaris Rasulullah saw. Selepas pembunuhan para Khalifah, apakah terjadi kepada pewaris Rasulullah saw?.
Imam Ali cedera parah dari pedang beracun Ibnu Muljam ketika Solat di Masjid Kufa.
Imam Hassan (Cucu Rasulullah saw ) dibunuh dengan racun di Madinah.
Imam Hussain (Cucu Rasulullah saw ) dipancung kepala pada 10 muharam hari asyura.
Imam Zainal Abidin (waris Rasulullah saw) dibunuh dengan racun pada 25 Muharam di Madinah.
Imam Muhammad al-Baqir (waris Rasulullah saw) dibunuh dengan racun pada 7 zulhijjah di Madinah.
Imam Jafar al-Sidiq (waris Rasulullah saw) dibunuh dengan racun pada 25 syawal.
Imam Musa al-Qadhim (waris Rasulullah saw) dibunuh dengan racun 25 rejab, dipenjara Harun Ar- Rashid di Baghdad ( Iraq ).
Imam Muhammad Ali Ar- Radha (waris Rasulullah saw) dibunuh dengan racun 17 safar.
Imam Muhammad Al-Jawad (waris Rasulullah saw) dibunuh dengan racun di Baghdad pada 30 Zulkaedah.
Imam Ali An- Naqi (waris Rasulullah saw) dibunuh dengan racun di samirra (Iraq) pada 3 rejab.
Imam Hasan Al- Askari (waris Rasulullah saw) dibunuh dengan racun di samirra (Iraq) pada 8 Rabiul Awal.
Imam yang akan tiba ialah Imam AL- MAHADI ( Imam yang terakhir ).
Imam Mahadi tidak akan datang untuk menyelamat sebahagian Agama, sebuah Mazhab atau agama yang tertentu, sebaliknya beliau akan menyelamat umat manusia yang baik berdidikasi serta menyebarkan kebenaran, keadilan dan kepulangan Nabi Isa as.
MOHD ISA BIN HUSAIN GB01658
 
 
SIRI 40: PERSAMAAN YANG DIKONGSI BERSAMA
Video
 Sinopsis
The Arrivals adalah satu siri dokumentari yang mengkaji secara mendalam tentang tanda besar kiamat, iaitu ketibaan Dajjal, Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. Penuh dengan maklumat-maklumat terkini dan penting untuk di ketengahkan kepada masyarakat umum dalam membuka minda . Berdasarkan hasil karya Sheikh Imran N. Hosein (Jerusalem in the Quran, Gog and Magog in the Modern World) dan beberepa pemikir dan pendakwah lain seperti Sheikh Hamza Yusif, David Icke, William Cooper dan Tex Marrs, dan Produksi oleh Noreaga & Archernahr dari www.wakeupproject.com.
Apa yang saya fahami, The Arrival part 40 ini menerangkan tentang KEBENARAN yang dikongsi oleh semua manusia, tidak kira agama, bangsa dan keturunan. Setiap manusia di dunia mencarikan KEBENARAN, kebenaran itu adalah keindahan, kecantikan, kedamaian dalam kehidupan. Samaada kehidupan di dunia mahupun kehidupan diakhirat. Mereka mempunyai pemikiran masing-masing sehinggakan mereka menyalahkan antara sama lain dengan membawa hujah-hujah
The arrivals part 40 juga mengatakan apabila kita mengkaji lain-lain agama, kita akan dapati setiap agama itu ada persamaaan iaitu mencari kebenaran yang hakiki. Dan video ini mengetengahkan surah al-Hujurat ayat -13 mengatakan :
Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa, sungguh Allahg MAHA mengetahui.
The Arrivals part 40 mengtakan mengenali antara satu sama lain akan membina perpaduan dan akan dapat merasai nikmat kehidupan dalam mencari kebenaran.
 ADIBAH BT OTHMAN
 

No comments:

Post a Comment