Siri 16 - 20

SIRI 16
Video
Sinopsis
Video ini menjelaskan tentang selepas peristiwa 9/11 kebencian Amerika terhadap orang Islam atau orang Arab semakin mendadak. Mereka membuat kempen membenci orang Islam. Mereka membuat fitnah kepada orang Islam dan membuatkan kita ikut apa yang diperkatakan oleh mereka. Secara tidak langsung kita menerima apa yang diperkatakan oleh mereka sedangkan kita tahu bahawa orang Islam tidak seperti itu. Kita tidak mahu berubah sehingga kita terus menerus percaya propaganda mereka tentang Islam.
 
Untuk menghapuskan fitnah ini mereka membuat gelak ketawa sehingga muncul pelawak-pelawak yahudi, kulit hitam dan pelawak Arab. Dengan itu dapat menghilangkan sangkaan buruk terhadap mereka. Bagi kita yang bukan orang Arab, kita tidak begitu nampak agenda permainan mereka. Tapi jangan kita terperangkap dengan pengaruh mereka. Mereka menyatakan hak kebebasan bersuara dengan alasan bahawa ianya adalah untuk luahan rasa tetapi mereka menggunakannya untuk menghina Islam dengan melukis kartun nabi Muhammad dengan memberi alasan-alasan untuk membenarkan dakwaan mereka.
Agenda mereka sama tetapi dengan cara dan nama yang berbeza untuk menyatakan tentang keburukan Islam. Mereka membuat propaganda melalui tunjuk perasaan tetapi sebenarnya hanya satu individu sahaja yang memainkan peranan ini berdasarkan kepada penulisan pada kertas-kertas yang dipamerkan semuanya adalah sama.
Sebenarnya Amerika mahu mengatakan bahawa orang-orang Islam adalah pengganas daripada peristiwa 9/11. Dengan ini mereka dapat menentang orang-orang Islam melalui propaganda mereka. Selain dari itu, mereka juga menggunakan lawak jenaka melalui karikatur nabi Muhammad dengan alasan bahawa ianya adalah merupakan hak kebebasan bersuara kepada semua orang. Penyebaran fitnah yang berleluasa ke atas Islam yang bertalu-talu membuatkan umat Islam bangkit menentang fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh mereka dengan pelbagai cara. Setelah berjaya membangkitkan kemarahan umat Islam akan menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa Islam adalah sebuah agama yang membenarkan kepada keganasan.
JEFREE BIN ABDUL SAMAT @ SAMAD
 
SIRI 17

Video
Sinopsis
Amerika telah memulakan peperangan dengan alasan memerangi keganasan. Persoalannya, benarkah ianya bermula selepas peristiwa 11/9/2001? Peperangan ini sebenarnya telah dirangka lebih awal lagi iaitu sejurus selepas kejatuhan Soviet Russia. Sebagai sebuah Negara berkuasa, Amerika perlu memujuk kepada dunia bahawa terdapat sebuah ancaman besar kepada seluruh dunia. Ini akan membenarkan mereka untuk membina dan meneruskan agenda jahat mereka. Oleh itu, ancaman keganasan ini dicipta oleh mereka sendiri sebagai sebuah penipuan untuk mencapai matlamat utama mereka untuk menguasai di timur tengah dan dunia ini.
Bagi membina ke arah penguasaan global ini terdapat seorang saksi mendakwa bahawa ada seorang peguam telah berjumpa dengannya dan mengatakan bahawa 11 bulan dari sekarang akan ada berlaku satu peristiwa (11/9/2001) yang mana peristiwa tersebut adalah sebuah penipuan untuk kerajaan Amerika menceroboh Afghanistan dan mengambil minyak dari paip-paip di laut Caspian. Kemudian mereka akan menceroboh Iraq pula dan mengambil minyak di sana seterusnya menubuhkan pengkalan mereka dan menjadikannya sebahagaian dari “pemerintahan dunia baru”. Dan seterusnya mereka pergi ke Venezuela. Dan seperti yang diberitahu olehnya, ianya betul-betul terjadi!
Tetapi sekarang ia patut menjadi jelas bahawa  peristiwa 11/9/2001 dilakukan oleh orang dalam. Terdapat banyak bahan di internet yang boleh membuktikan tentangnya. Sebagai contoh mencari didalam google untuk membuat sedikit kajian tentang Operation false flag. Kemudian kaji Tim Osman di google. Siapa dia Tim osman ini? Dia merupakan nama kod seorang ejen CIA. Ejen ini berkhidmat dengan setianya selama beberapa tahun di CIA. Kamu tahu siapa sebenarnya Tim Osman ini? Beliau ialah Osama laden. Osama Laden sebenarnya bukan musuh Amerika tetapi suatu penipuan besar. Itulah cara kerajaan Amerika mengawal rakyat mereka. Mereka mahu rakyat dan dunia  menyokong perang atas sebab keganasan ini.
Peperangan atas sebab keganasan ini adalah PALSU! Sebenarnya Presiden Amerika ketika itu (George W. Bush) telah tahu bahwa kapal terbang kedua telah pun melanggar WTC semasa beliau berada dalam sidang media ditempat lain melalui bisikan daripada pegawainya. Tiga bulan selepas itu dia berbohong kepada rakyatnya mengatakan bahawa dia melihat kapal terbang itu melanggar WTC di dalam tv dan dia bergegas dibawa keluar oleh pengawalnya. Bush tahu bahawa orang ramai membuat teori-teori tentang 11/9 adalah peristiwa yg dirancang tetapi dia cuba untuk melindungkannya dan menuduh orang lain yang membuat fitnah kepadanya. Dia mengatakan bahawa teori yang dibuat adalah teori-teori konspirasi.
KAMARUL AZIZI BIN KAMARUDIN
 
SIRI 18
Video
Sinopsis
Amerika adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan kepada rakyatnya. Bagaimana cara mereka menyebarkan demokrasi dan kebebasan? Adakah melalui peperangan? Daripada apa yang ditayangkan di dalam video ini, ternyata mereka telah memerangi negara-negara seperti Afghanistan, Iraq, Lebanon dan Palestine untuk menyebarkan demokrasi dan kebebasan.
Mengapa negara-negara di timur tengah dan beberapa negara-negara di dunia tidak memepercayai Amerika kerana mereka adalah talam dua muka. Buktinya Kerajaan Amerika menyuarakan demokrasi dan kebebasan pada rakyatnya tetapi sebaliknya memerangi negara-negara seperti yang disebutkan tadi. Tetapi apa yang mesti kita lakukan ialah tanggungjawab kita mencari kebenaran dan menyebarkannya untuk membebaskan minda orang lain supaya mereka tidak terpengruh dengan propaganda Amerika ini. Kerajaan Amerika senantiasa mengaku bahawa mereka sedang menyebarkan demokrasi tetapi apa yang paling rapat dengan mereka ialah kerajaan bukan demokrasi. Maksudnya, semua pemerintah akan mengekalkan kuasa-kuasa mereka dibawah pemerintahan negara mereka sendiri dengan mewariskan kepada keturunan mereka. Dan kebanyakan negara-negara yang telah ditundukkan oleh Amerika adalah telah dipilih dahulu.
 Sebenarnya Amerika melakukan hanyalah untuk kepentingan Zionist dan pemerintahan baru dunia mereka. Dan semestinya tidak memenuhi kehendak rakyat Amerika itu sendiri  atau pun dunia ini. Ini adalah ketetapan yang dilakukan oleh pakar ekonomi yang membuat pengkuan bahawa Amerika mengambil alih pemrintahan baru dunia. John perkins menceritakan pengalamanya sebagai ejen CIA. Kerjanya adalah untuk merangka kontrak kerajaan yang bagus untuk dirunding supaya ia berhutang selama-lamanya. Kerana hutang yang perlu dibayar itu akan menjadi hamba kepada Amerika selama-lamanya. Sebagai contoh, Perkins telah mendedahkan rundingan yang ditandatangani oleh keluarga diraja Saudi pada tahun 70 an. Rundingan itu memaksa kesemua pendapatan minyak Arab Saudi dilabur dalam bank-bank Amerika. Sebagai balasan melindungi tahkta kerajaan Arab Saudi. Ini mengukuhkan hubungan intim diantara pemerintah dengan kejayaan pentadbiran Amerika.
 Dengan itu kita boleh faham bahawa mengapa operasi pertama di Arab Saudi dipanggil sebagai “perisai gurun”? Perisai gurun adalah operasi yang melindungi minyak Arab Saudi. Buktinya pada 2 ogos 1990 Saddam Hussein telah menyerang Kuwait yang kaya dengan hasil minyak. Oleh kerana takut akan menyerang Arab Saudi, Amerika telah berlabuh di tanah Arab untuk melindungi Arab Saudi walaupun sebenarnya mereka hanyalah membentuk sebuah keganasan. Sebuah keganasan yang dikenali sebagai perisai gurun. Akhirnya perisa gurun tersebut menjadi serbuan gurun. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa peperangan itu telah dirangka dari dalam. Dikawal dan dimanipulasi oleh golongan elit yang cukup tersusun.
 FUAD BIN ALI
 
SIRI 19
Video  
Sinopsis
Siri 19 adalah sambungan siri lepas dalam mendedahkan konspirasi Amerika dalam menguasai dunia dengan apa yang diistilahkan sebagai The New World Order. Matlamat Amerika adalah untuk menguasai dunia. Ia juga di kaitkan sebagai satu persediaan menyambut kerajaan Dajjal. Perancangan ini di anggap sebagai fasa ke tiga.
Dalam siri ini, Konspirasi yang cuba di dedahkan ialah melalui satu makhluk asing yang dinamakan Unknown Flying Object (UFO). UFO adalah makhluk asing yang dikatakan sedang membuat penjelajahan ke planet dalam galaksi ini  dengan tujuan untuk menguasai planet bumi. Di gambarkan UFO sebagai satu kelompok bertamadun dengan teknologi tinggi dalam pengembaran dan persenjataan tentera mereka. Ia di anggap sebagai satu ancaman baru kepada penduduk bumi.
Konsep penguasaan pemikiran yang dilakukan ialah dengan memberi gambaran dan keyakinan tentang kewujudan makhluk ini. Ia dilakukan melalui sebaran media elektronik yang di kuasai oleh Amerika. Demi mengukuhkan gambaran tentang UFO  supaya menjadi jelas, Filem filem berkaitan dengannya dibuat. Kaedah mengulang sesuatu pembohongan supaya menjadi keyakinan digunakan. Filem seperti Star Trek, X files dan ET adalah antara siri popular TV yang telah menguasai pemikiran sebahagian besar penduduk dunia . Kepercayaa terhadap kewujudan makhluk asing ini naik mendadak pada tahun 60an sejak ia di laksanakan selepas perang dunia ke dua . Fasa Perang dingin dan serangan pemikiran.
Dunia telah lama di kejutkan dengan kehadiran objek terbang yang tidak dikenali. Ia dikatakan makhluk asing. Media yang dikuasai oleh Amerika dan sekutunya telah cuba mengesahkan objek tidak dikenali ini. Mereka cuba mengesahkan melalui pemerhatian dan saksi yang dikatakan melihat objek asing ini. Kenyataan ini akan di akui oleh seluruh media dunia.
Pada hakikatnya, rencana ini mendedahkan bahawa objek tersebut adalah sebahagian teknologi persenjataan Amerika. Objek terbang berbentuk piring dikatakan satu teknologi saduran dari teknologi German selepas perang dunia ke dua yang di majukan. Ia adalah kapal terbang supersonik yang mempunyai banyak enjin di panggil Silverbug. Ia dilihat terbang dari pengkalan tentera Amerika di Nevada sekitar tahun 50an. Dengan kerjasama CIA dan tentera, media telah memulakan doktrin ini untuk mengesahkan kewujudan UFO.
Cathy O’ Brien sewaktu bertindak sebagai Setiausaha Kerajaan Amerika mendedahkan bahawa kerajaan Amerika telah memiliki kemajuan teknologi 25 tahun ke hadapan. Namun kemajuan tersebut di rahsiakan sebagai satu keperluan untuk memanipulasi pemikiran rakyat. Ia bertujuan memartabatkan New World Order dengan meletakkan orang awam dalam keadaan terdesak dan mengharapkan pertolongan. Tindakan merahsiakan maklumat ini di namakan Tindakan Sekuriti Nasional.
Bagi mendapatkan hasil dari doktrin yang cuba dimomokkan kepada masyarakat dunia, mereka akan mengadakan soal selidik. Tujuan soal selidik bukanlah untuk melaksanakan tindakan hasil soal selidik tersebut tetapi bagi mendapatkan maklumbalas apakah doktrin tersebut telah berjaya atau belum. Jika telah berjaya, tindakan seterusnya akan dilaksanakan. Jika belum, Usaha doktrin mestilah dilipatgandakan.
Fasa pertama dalam tindakan ini ialah memanipulasi kisah UFO sehingga di percayai penduduk dunia. Tindakan seterusnya ialah dengan merealisasikan serangan makhluk asing terhadap penduduk dunia menyebabkan satu keperluan penduduk dunia bersatu bagi menghadapi serangan ini. Keadaan ini akan mewujudakn satu penerimaan dunia terhadap konsep penjajahan  baru Amerika melalui New World Order atau Pemerintahan Dunia Baru.
Pakar senjata Amerika, Carol telah mendedahkan nasihat yang di berikan oleh Bapa sains Roket Amerika Dr Verner Von Brown supaya menghentikan pembohongan dalam persenjataan angkasa lepas . Amerika mendakwa kuasa besar ketika itu Rusia sebagai ancaman pertama. Ia di teruskan dengan negara yang diistilahkan sebagai paksi kejaahatan atau pengganas dunia dan diakhiri dengan ancaman kuasa makhluk asing.
 Jika kita melihat fenemeno ini, ia ada kebenarannya kerana Kuasa USSR telah musnah setelah kejatuhannya dengan berpecahnya empayar USSR menjadi negara kecil.. Kini Amerika sibuk  mempromosikan negara yang di sifatkan sebagai ancaman pengganas dunia terutama negara Islam dan gerakan Islam antarabangsa. Antaranya ialah dengan mempromosikan Al Qaeda sebagai ketua pertubuhan pengganas antarabangsa. Di watakkan Osama Ben Laden yang di katakan terbunuh baru baru ini. Kematian Osama seakan mematikan peranan yang di watakkan sekian lama oleh Amerika sebagai ancaman besar dunia melalui gerakannya Al Qaeda yang bertebaran di seluruh dunia.
Jika mengikut teori dalam siri ini, kita sedang memasuki fasa terakhir iaitu persediaan terhadap serangan makhluk asing . Keadaan ini akan menghalalkan Amerika untuk membina senjata di angkasa lepas. Ia merupakan satu fasa kejayaan mereka dalam menguasai dunia. Kepercayaan terhadap UFO dan serangan nya yang akan tiba menjadikan seluruh dunia berharap kepada satu teknologi untuk melindungi mereka. Teknologi persenjataan itu hanya di miliki oleh Amerika.... Akhirnya teori bahawa kita perlu bersatu di bawah kuasa Amerika akan menjayakan New World Order yang menjadi matlamat seala perancangan tersebut.
 FAIRUZ HAFIIZH BIN OTHMAN
 
 
SIRI 20
VIDEO  
 Sinopsis
 Video ini menjelaskan tentang fenomena UFO yang merupakan sorotan dari sambungan video yang lepas. Adakah perkara ini benar-benar wujud?, siapakah sebenarnya mereka ini?, siapakah yang menjadi dadah kepada anak-anak kamu? Dan mengapakah kerajaan Amarika Syarikat takut untuk kamu mengetahui tentang kebenaran UFO? Demikian lah persoalan-persoalan yang akan terjawab disebalik tayangan video tersebut. Penjelasan ini adalah hasil daripada perbincangan di antara Alex dan seorang bekas ahli  angkasawan.
Apabila disoal oleh Alex tentang apakah benar kami melihat senjata laser sedang menembak benda-benda yang seperti kamu katakan, 200,000 G? Maka dijawab oleh lelaki tersebut, bahawa ianya sebahagian daripada ujian atau kemungkinan terdapat orang-orang jahat di luar sana ataupun juga mereka sedang membentuk kumpulan yang mana kumpulan mereka sering berpecah.
 Alex menyoal lagi dengan begitu hairan, mengapa NASA menayangkan video itu?
Lalu di jawab lelaki tersebut. Di dalam NASA terdapat beberapa orang yang baik-baik dan juga terdapat beberapa orang yang tidak baik. Orang yang baik-baik tidak tahu ada sesuatu yang hendak dirahsiakan, malah mereka mempercayai setiap penipuan yang diberitahu kepada mereka. Mereka tidak boleh memilih sesuka hati untuk menyatakan video ini boleh ditayangkan dan video ini tidak boleh ditayangkan kerana mereka terpaksa mengikut arahan daripada pegawai mereka. Di ibaratkan seperti kamu membina institusi yang sepatutnya terbuka dan lebih berkuasa, maka sepatutnya juga kamu menayangkan siaran langsung tentang misi itu.
Fenomena UFO ini merupakan perkara palsu yang cuba diterapkan oleh Barat melalui siaran-siaran keseluruh pelusuk dunia. Sedangkan kalau diimbas kembali peristiwa 11 Sep dan peristiwa “North Woods”, pihak kerajaannya mempunyai tujuan yang besar untuk memesongkan pemikiran rakyatnya.  Mereka merupakan golongan pembohong dan mereka juga mencipta serta mengawal sejarah. Oleh itu, dijelaskan lagi oleh bekas ahli angakasawan tersebut bahawa beliau cuba menggoncangkan rakan-rakan yang masih berada di dalam ahli pemalsuan UFO ini supaya jangan mudah percaya dan terpengaruh.
Mereka mencipta teknologi yang baru selepas berlaku peperangan dunia kedua dengan tujuan untuk membuat pemalsuan di seluruh dunia. Penipuan yang lebih dasyat belaku adalah selepas 30 - 40 tahun kejatuhan Kesatuan Soviet ke tangan Glasnot. Banyak bahan-bahan yang dirahsiakan dari KGB.
Setelah kajian dilakukan dengan terperinci, data-data yang diperolehi secara tersendiri, beberapa kajian dari kerajaan Rusia dan bukti-bukti yang kukuh disepanjang tanah Amarika dan Eropah maka lorong gelap yang dirahsiakan selama ini telah pun terbongkar. Sebenarnya makhluk asing itu adalah manusia yang merupakan daripada sebahagian kumpulan rahsia itu yang berkemungkinan daripada golongan NAZI.
MOHD AL-AMIN BIN MAT DAUD

No comments:

Post a Comment