Siri 26 - 30


SIRI 26: DAJJAL SUDAH TIBA 1

 

VIDEO

 

Sinopsis

 

Video ini menjelaskan tentang penguasaan Dajjal. Pada tahun 1917 Amerika Syarikat secara rasminya melibatkan diri dalam Peperangan Dunia, hal ini merupakan langkah yang diambil mereka untuk menerapkan Amerika sebagai kuasa agong global yang baru.  Pada tahun 2000 George W.Bush telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.  Selepas setahun beliau menjadi Presiden, manakala WTC telah diserang pada 11 september 2001.  Pada tahun 2002 Afghanistan telah diceroboh oleh Amerika Syarikat, pada tahun 2003 Iraq diceroboh dan pada tahun 2006 Lebanon pula diceroboh.

 

Setiap peperangan dan perundingan yang dilakukan adalah untuk perlindungan, penubuhan, dan keselamatan negara Israel. Dajjal akan datang dan mengambil takhtanya di Israel dan selepas dari itu akan bersambunglah di mana satu hari sama seperti hari-hari biasa. Namun, apa yang dijaminkan dalam al Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w adalah kejayaan pasti akan datang kepada yang mengikut Imam Mahdi dan menyertai perjuangan nabi penyelamat sebenar iaitu Nabi Isa a.s.

 

Kumpulan Bilderberg telah ditubuhkan oleh hartawan antarabangsa yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli politik, kerabat Diraja dan juga usahawan-usahawan yang berkuasa.  Matlamat mereka adalah untuk menguasai ekonomi dunia.  Segala aktiviti mereka dirahsiakan.  Manusia digunakan untuk menggerakkan sistem yang dirangka oleh mereka yang meliputi bidang ekonomi, diplomatik, kebijaksanaan, saintifik dan juga operasi politik. Rancangan-rancangan ini telah membawa mereka ketahap yang tertinggi dalam sistem tersebut.  Mereka melakukan upacara penyembahan syaitan di tempat yang dinamakan Bohemian Grove.  Muslihat syaitan yang paling besar adalah dengan menyakinkan manusia bahawa dia tidak pernah wujud.


SIRI 27: MENGAPA KESYAITANAN DI AMALKAN PARA PEMERINTAH

 

VIDEO

 

Sinopsis

 

Video ini menjelaskan bahawa golongan-golongan elit yang memuja syaitan untuk mendapatkan kekayaan di dunia ini.  Mereka memilih untuk merahsiakan mesyuarat serta upacara-upacara yang dilakukan adalah kerana percaya bahawa apabila manusia mempercayai para malaikat dan nabi mereka juga akan percaya wujudnya syaitan. 

Mereka terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi seperti arkitek, doktor, peguambela, paderi, penjual saham, dan lain-lain. Mereka memilih untuk menyembah syaitan kerana hawa nafsu duniawi, wang, pangkat dan sebagainya.  Mereka sebenarnya mengakui kewujudan syaitan yang mereka sembah, serta mereka juga mengetahui kewujudan Tuhan yang mencipta sekalian makhluk.  Mereka seolah-olah merasai perasaan yang menagihkan, kegembiraan yang luar biasa, kenikmatan dari segi sensual, seksual, dan mental yang tidak dapat digambarkan.  Mereka seperti dirasuk kenikmatan dunia menyebabkan mereka meneruskan aktiviti syirik ini.

Segala prasangka baik terhadap wujudnya tuhan telah ditarik dari diri mereka dan perasaan takut kepada setiap perkara ketuhanan mula datang. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk membuang segala bentuk perasaan tentang wujudnya tuhan dalam diri kerana perasaan ini sepatutnya menjadi fitrah bagi setiap insan. Meraka yang percaya bahawa tuhan yang satu itu tidak wujud, maka manusia tersebut berjaya dihasilkan untuk  Pemerintahan Dunia Baru mereka.  Bagi mereka yang menganggap Islam ataupun Muslim sebagai musuh, dialah yang berjaya dihasilkan oleh projek Zionist ini. Perasan ataupun tidak, di dalam dunia yang sedang dibina untuk ketibaan Dajjal ini, segala perkara ketuhanan akan dicemuh ataupun diejek.

 

 

SIRI 28: Why Satanism is practiced By Our Leaders

 

VIDEO

 

Sinopsis

 

Dalam bahagian ini yang bertajuk, Why Satanism is Practiced by Our Leadres (Mengapa Kesyaitanan diamalkan oleh Para Pemimpin Kita). Satu sesi dialog dan temuramah bersama Roger Morneau  telah diadakan dan beliau  telah menceritakan bagaimana dia telah  terjebak dengan kumpulan yang melakukan sembahan dan pemujaan terhadap roh-roh ini. Menurut Roger Mornue, beliau telah dibawa oleh seorang perempuan yang dianggapnya sebagai bahantara ke suatu tempat di mana upacara tersebut dijalankan. Wanita yang membawanya itu merupakan perantara bagi yang ingin berbicara dengan roh-roh (syaitan) dan dia telah berkomunikasi dengan roh-roh tersebut. Bagi menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan, salah seorang daripada mereka memohon supaya dia boleh berbicara dengan roh rakannya yang telah meninggal 6 bulan yang lalu. Permintaan dia diperkenankan dan mereka mula percaya dengan peristiwa yang mereka alami, walaupun pada mulanya dia beranggapan bahawa perkara tersebut adalah mustahil dan pelik.

            Namun, akhirnya mereka terjebak dan terperangkap dan mengetahui apa yang dikatakan dengan perjanjian syaitan. Pemujaan akan dilakukan demi memperolehi apa yang mereka hajatkan tanpa mengira akibat yang bakal ditanggung oleh mereka yang membuat perjanjian dengan puak syaitan. Beliau juga memberitahu mengenai Seiance iaitu satu pertubuhan atau kumpulan yang melakukan pemujaan terhadap roh-roh (syaitan). Mereka berpendapat bahawa roh-roh orang yang telah mati  itu hakikatnya ialah syaitan ataupun malaikat yang telah dilaknat.

Sebenarnya syaitan ingin supaya dirinya disembah dan dijadikan tuhan oleh manusia dan memberitahu bahawa Nabi Isa tidak akan kembali ke dunia bersama dengan kuasa dan kejayaan serta akan menurunkan takhta kesemua kuasa di dunia ini. Syaitan juga telah memperdaya manusia melalui tipu helah mereka dengan mengatakan bahawa Nabi Isa akan menyerahkan takhta abadi dunia kepada syaitan, kerana beranggapan bahawa baginda tahu itu adalah bukan miliknya.

            Selain itu juga, pemakaian salib juga sebenarnya merupakan helah dan penipuan kepada Nabi Isa dan sebagai bahan ejekan serta olokan terhadap Nabi Isa dalam segala bentuk termasuk rupa, tindakan dan kelakuan. Dan sebenarnya kebanyakkan pemerintah (pemimpin) dunia adalah terdiri daripada golongan yang menyembah dan memuja syaitan.

 

 

SIRI 29: The Truth About The Gods

 

VIDEO

 

Sinopsis

 

Bahagian 29 ini mendedahkan tentang The Truth About The Gods (Perkara Sebenarnya Mengenai Tuhan-Tuhan Itu). Dalam episod 28, temuduga yang dilakukan terhadap Roger (salah seorang penyembah syaitan), beliau belum mahu lagi membuka rahsia mengenai terdapat golongan-golongan elit yang terlibat dalam menyertai kumpulan tersebut.  Kumpulan penyembah syaitan-syaitan ini mempunyai gambar-gambar roh yang telah memunculkan diri mereka kepada kempulan ini, dan Roger memberitahu bahawa terdapat lebih kurang 100 gambar yang tersimpan dalam bilik rahsia tersebut termasuk potert lukisan. Untuk mendapatkan apa yang dihajati, syaitan telah menggunakan ugutan supaya ia boleh membuatkan orang (penyembah) patuh kepada arahannya. Menurut keterangan Roger lagi, paderi besar mereka ada memberitahu bahawa ketua mereka mempunyai rancangan istimewa dan tiada siapa yang dapat masuk ke dalam kumpulan tersebut melainkan yang ingin diajak untuk menyertainya.

            Syaitan akan beruntung sekiranya manusia menyembah dan menyerahkan diri kepada mereka. Persoalan yang telah ditimbulkan adakah dia (Roger) telah dipilih oleh golongan atasan syaitan untuk menjadi daripada sebahagian kumpulan istimewa ini. Menurut Roger lagi, paderi besar memberitahu mereka bahawa terdapat beribu-ribu penyembah roh (syaitan) , tetapi mereka berada dalam kumpulan rahsia yang lain di dunia ini. Mereka mengetahui  perkara sebenar tentang ketua mereka dan syaitan-sayaitan mereka. Syaitan akan beruntung jika manusia menyembah dan menjadikan mereka tuhan. Jadi, apakah sebenarnya yang dikatakan roh-roh syaitan ini. Mereka adalah golongan jin yang telah dijelaskan dalam kitab suci Al-Quran, kitab Injil, dan Taurat yang mengatakan syaitan, jin atau malaikat yang dilaknat. Manusia-manusia tertentu juga telah berkerjasama dengan jin ini untuk memperolehi nikmat dunia.

            Persoalannya ialah bagaimana perkara ini dilakukan oleh mereka? Ianya dimeterai melalui “kontrak” sumpah setia atau pakatan secara sukarela yang berdasarkan prinsip tolak ansur. Dalam kontrak ini, syaitan akan membekalkan apa yang mereka (golongan pemimpin dan elit) inginkan, serta segala hajat yang diinginkan oleh mereka di dunia ini akan ditunaikan oleh syaitan. Budaya ini telah jauh meresap dalam masyarakat termasuklah budaya muzik, wayang dan juga animasi kartun contohnya kartun Aladin. Animasi kartun ini telah memaparkan sebuah kisah bagaimana Aladin telah diumpan oleh genie (jin) dengan memberikannya segala keindahan dunia, tetapi harus mengikut kontrak yang telah diberikan. Ini bermakna apa yang diingini oleh Aladin akan ditunaikan oleh jin apabila kehendak dan syarat jin dipatuhi oleh Aladin.

            Dan kita harus faham bahawa tuhan-tuhan yang dimaksudkan itu merupakan syaitan-syaitan dan jin-jin yang ingin menyesatkan manusia dengan penyamaran seperti contoh tuhan firaun iaitu horus, tuhan Anubis, tuhan Annunaki, firaun hijau (the green pharaoh), tuhan ular berpelepah kaum maya Kukulkan, tuhan-tuhan kaum Greek, tuhan biru dan ular sucinya dan bayi biru Krishna di atas lantai hitam putih. Juga termasuk makhluk asing hijau, reptilia bertukar rupa (shapeshifting reptilians) dan mahkluk asing (extra terrestrials). Ini bermakna manifestasi diubah mengikut peredaran zaman, namun tetap berasaskan konsep yang sama iaitu konsep komunikasi di antara dua alam yang sama.

 

 

SIRI 30: The Checkered Floor and The Gods

 

VIDEO

 

Sinopsis

 

Bahagian ini mengisahkan tentang The Checkered Floor and The Gods (Lantai Hitam Putih Dan Tuhan-Tuhan). Sepertimana manusia, terdapat juga jin yang baik dan jin yang jahat serta ada golongan mereka yang alim dan menyembah tuhan, dan golongan yang mengingkari tuhan. Golongan jin ini wujud di alam yang lain. Dan Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang mereka dan larangan untuk berkomunikasi dengan mereka. Oleh itu, tidak ada jin yang baik sekiranya jin itu melanggar perintah tuhan. Walaubagaimanapun mereka yang melanggar  banteng tersebut hanya mempunyai satu matlamat iaitu PENIPUAN.Mereka menipu supaya tuhan mereka (syaitan) disembah seperti tuhan yang sebenarnya sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Jin yang mempunyai pangkat biasanya bekerjasama dengan orang-orang biasa dikalangan manusia seperti penilik nasib, bomoh, penyihir dan yang lain-lain lagi.

            Manakala jin yang berpangkat tinggi akan bekerjsama dengan orang-orang yang berpangkat tinggi di dunia kita. Oleh itu,ini adalah rancangan dan gerakan secara besar-besaran utuk menipu umat manusia. Syaitan menggunakan perantara untuk berhubung dengan beberapa syaitan tentang sejarah purba mereka. Untuk berhubung dengan dengan pemerintah alam ghaib bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya perlu dilakukan dengan mengadakan upacara-upacara yang dilakukan pada tarikh tertentu untuk mengeluarkan beberapa jenis tenaga tertentu (korban darah). Pengorbanan ini akan membuka sejenis pintu yang dipanggil ‘gerbang bintang’ di antara dua dimensi untuk memanggil jin atau syaitan yang berkuasa di alam itu. Perhubungan dan perjalanan antara dua alam ini berlaku di beberapa tempat tertentu dan mengikut jenis upacara yang tertentu.

            Pengorbanan kepada tuhan yang sebenarnya adalah menumpahkan darah untuk melalui kawasan yang dikatakan suci. Dan para pemimpin dunia baru juga melakukan upacara yang sama demi mendapatkan bantuan dan pertolongan syaitan. Dan apakah itu lantai hitam putih? Ianya merupakna lambang persilangan atau perhubungan antara dua alam dan juga lambang penyatuan antara dua alam. Satu tiang melambangkan cahaya (dunia kita) dan satu lagi tiang melambangkan kegelapan (dunia syaitan). Dan di antara tiang tersebut adalah lantai hitam putih (melambangkan penyatuan antara dua alam). Kesemua upacara Freemason hendaklah dilakukan di atas  lantai ini ( lantai ini hanyalah lambang sahaja. Upacara yang dilakukan akan membuka pintu-pintu itu). Dan mereka telah berjaya memanggil syaitan-syaitan dengan penyembahan mereka. Mereka adalah jin yang berjaya menipu manusia. Dan upacara ini juga ditujukan khas kepada tuhan yang digelar sebagai ‘BAAL’. Ianya adalah gelaran yang ditujukan kepada syaitan.

 

 

 

No comments:

Post a Comment