Siri 41 - 45


SIRI 41: THE BLOODLINE

 

Video

 

Sinopsis

Bloodline adalah 2 keturunan yang mengamalkan perkahwinan sesame muhrim pada permulaan zaman empayar di Raja Mesir purba bagi mengekalkan kuasa dan duit di dalam keluarga tersendiri. Kedua-dua pihak ini berkenaan akan diketuai oleh dua keturunan purba yang juga berlainan, satu adalah kuasa yang memerintah dan satu lagi adalah kesinambungan keturunan yang akan diterangkan. Mereka adalah terdiri daripada keluarga elit dan boleh dikesan dari zaman firaun iaitu keluarga di Raja Mesir purba yang merupakan satu kuasa global pada zaman dahulu dan memerintah dunia. Sehubungan itu mereka berhijrah dari Mesir ke Eropah, keturunan itu kemudiannya menyesuaikan diri dengan suasana baru dan menubuhkan pemerintahan globalnya melalui kerajaan suci Rom (Vatican) dan keluarga ini terus berkembang di sekitar Eropah. Keturunan ini masih mengekalkan perkahwinan sesame mereka dengan tujuan yang sama iaitu mengekalkan keturunan darah yang sama.

            Kemudian keturunan ini menubuhkan pemerintahan global di Britain, dengan menggelarkan sebagai “windsor” . gelaran ini bukanlah gelaran sebenar bagi keluarga diraja Britain. Nama itu hanya ditambah sebagai samaran untuk merahsiakan keturunan asli mereka. Dalam mengekalkan kuasa dalam pemerintahan mereka terus mengembangkan sistem ini dengan memastikan setiap keturunan mereka dikahwinkan di dalam setiap keluarga diraja hingga ke Washington agar pemerintahan terus berkembang dalam kalangan mereka. Golongan yang dipanggil elit ini begitu mementingkan genetic dan satu keturunan untuk memerintah segala-galanya. Oleh itu terdapat satu rangkaian pembiakan di dalam keluarga ini iaitu setiap ahli berkait rapat contoh pemerintahan di Washington, Presiden Barrack Obama mempunya pertalian darah dengan enam presiden terdahulu iaitu George W, Goerge W Bush, Gerald Ford, Lindon Johnson, Harry Truman dan James Madison.

            Keluarga ini  merancang dan mengatur agar pertalian darah tidak akan putus dan untuk memastikan keturunan mereka sahaja yang akan  ada dalam pemerintahan global . Oleh itu golongan ini juga digelar Merovingians iaitu keluarga keturunan terpenting yang merancang konspirasi The New world yang terdiri dari kerabat diraja yang bermula di England.

 

FARRAHUZARINA MD AMIN

 

 

SIRI 42: PENJAGA GERBANG

 

Video

 

Sinopsis

           

Siri menceritakan tentang keturunan di Raja British yang mementingkan darjat dan Iluminati sebagaimana yang dinyatakan kisah Puteri Dayana yang digelar sebagai “pengantin Windsor” kerana ia terkenal didalam laman web seluruh dunia  iaitu “hanya untuk melahirkan William”. Kisah tragedis kemalangan yang berlaku ke atas Puteri Dayana terlibat dalam kemalangan yang dirancang akibat Puteri Dayana tidak mempercayai dan menyokong rangkaian kegelapan alam ghaib yang mengawal dirinya serta tidak sehaluan dan sependapat dengan golongan Elit.

Hasil daripada kisah Puteri dayana ini,kita dapat mengesan tindakan dan rancangan kumpulan Merovingian ( keturunan pemerintahan Elit sejarah dunia ) membuat mereka percaya dan bersatu  dengan syaitan dan iblis sebagai toleransi antara dua alam. Dengan sedemikian mereka berusaha menguasai semua multimedia, alat komunikasi dan laman web di seluruh dunia. Kerana mereka beranggapan bahawa mereka adalah segala kunci alam atau dikenali “membuka pintunya atau memcahkan benteng alam”. Malah mereka beranggapan bahawa mereka berkuasa memberi tenaga serta penjaga kunci gerbang  bumi dan alam ini. 

                                             

            Secara kesimpulannya, kita sebagai Muslim dicabari dengan kejinakan dan pengaruh yang dibawa oleh golongan Elit tersebut untuk memecahkan umat Islam dan merosakkan fikiran manusia dengan menyebarkan multimedia serta semua alat hubung internet sebagai kegunaan asas utama di dunia. Dengan itu,tanpa kita sedari mereka cuba menyebarkan sebarang risalah dan ilmuan tentang kepercayaan mereka bahawa mereka adalah segala tuhan dan kunci utama berhubung antara dua alam atau dikenali “PENJAGA GERBANG”.

 

NOR FARHAH BTINTI MUDA

 

 

SIRI 43

 

Video

 

Sinopsis

 

Video ini menjelaskan tentang gambaran besar bagaimana musuh kita beroperasi. Golongan Illuminati dan para elit mengamalkan upacara rahsia. Mereka buat semua ini adalah untuk memenuhi matlamat mereka. Mereka dan ketuanya iaitu Iblis mengetahui bahawa mereka tidak mungkin boleh melanggar ketetapan alam, maka mereka mengamalkan upacara mengawal punca tenaga untuk keuntungan mereka. Alat yang digunakan untuk upacara ini bukanlah alat kejahatan tetapi bergantung kepada niat orang yang menggunakannya alat tersebut. Contohnya komputer, komputer dicipta sebagai alat komunikasi yang sangat baik kepada manusia tetapi bergantung kepada niat yang menggunakannya samaada kearah keburukan atau kebaikan.

            Pelambangan Piramidlah yang paling berkesan di atas titik pasaran kerana ia mempunyai elemen khas yang boleh memesongkan ruang dan masa. Para elit yang dahulu dan sekarang melakukan upacara kejahatan di dalam binaan ini untuk salurkan tenaga kejahatan, lebih banyak kejahatan maka lebih berkuasalah mereka dan juga syaitan. Jika lebih banyak tenaga cahaya, lebih banyak tenaga positif, tenaga kebaikan dan juga tenaga kemalaikatan yang boleh wujud.

            Adakah kita sudah memahami peperangan tenaga ini? Kita patut memahaminya, kerana mereka tidak akan berhenti untuk memenuhi dunia kita dengan tenaga kejahatan. Tahukah kita apa yang terjadi di dalam peristiwa 9/11 dan mengapa ia terjadi? . Beberapa teori mendakwa yang kejadian 9/11 itu sebenarnya sebuah upacara besar-besaran. Dilakukan untuk menghasilkan tenaga yang paling jahat untuk mengenali sesebuah upacara. Kita perlu sedar bahawa semuanya perlu sempurna dan berhasil bagi mereka.

            Mereka mengatakan “Tracing Board darjah 1 adalah satu pelambangan kepada Istana Nabi Sulaiman as. Istana nabi Sulaiman as dibina mengikut Piramid Giza di Mesir. Tiga tiang yang terdapat pada istana tersebut melambangkan tiga pyramid utama Giza dan dua bongkah di bawahnya melambangkan soket dan pintu kepada piramid tersebut dan kemungkinan juga ia melambangkan petak syaitan pada pelan dasar bangunannya. Dalam setiap rumah ibadat Freemason kita akan menjumpai dua tiang istana Nabi Sulaiman as dan juga bintang berapi atau dikenali sebagai bintang lima bucu. Ia bukan satu kebetulan yang semua ini adalah elemen-elemen yang sama boleh dilihat di dalam kejadian 9/11. Kejadian tersebut adalah sebuah upacara yang telah dirancang rapi.

            Apabila dua bangunan yang dilanggar pada hari tersebut jatuh kesucian yang sejati ditimbulkan “Isis” muncul dan didedahkan. Jika kita anggap dua bangunan itu sebagai dua tiang Hercules, apa yang akan didedahkan adalah dunia Atlantis yang baru. Kita akan jumpa satu lagi system symbol yang berkait di dalam ajaran “Kabbala”. Apakah yang berada di tengah-tengah dua bangunan itu?. Mengapa ia dibina?. Struktur ini yang dahulunya berada di antara dua bangunan Pusat Dagangan Dunia dinamakan “The Spherical Caryatid”. Kita boleh lihat struktur ini dihasilkan di Bavaria yang berada ditempat yang sama.

            Kumpulan Illuminati ditubuhkan “Melambangkan Masjid Al-Haram, Mekah. Satu lagi fakta menarik tentang lokasi spera ini adalah arkitek pembangunan ini sebenarnya inginkan bangunan itu sendiri untuk melambangkan Masjid Al-Haram, Mekah. Sfera itu secara terusnya mewakili kaabah. Mengapa mereka pilih kaabah?.

            Dalam hal ini perlu kita ingat bahawa pyramid-piramid agung ada nisbah “PI” . Binaan sfera, pyramid, Obelisk, Bulatan semua ada kaitan antara satu sama lain.  Ralph Ellis mendakwa di Mesir dan Mekah, upacara haji yang dilakukan orang Islam sebenarnya juga diwakili oleh tawaf yang dilakukan di pyramid giza zaman dahulu. Sfera itu dijadualkan berpusing 24 jam.

            Ia sebenarnya tawaf yang dilakukan di Kaabah dan pyramid di giza. Orang yang betul-betul mengkaji dan memahami agama sahaja yang boleh buat analisis yang paling tepat tentang yang ghaib dan amalannya kerana mereka ini tidak mencipta undang-undang dunia sebaliknya mereka juga seperti agama perlu patuh kepadanya.

ROSMALA BT HJ ABU YAHYA

 

 

SIRI 44

 

Video

 

Sinopsis

 

Ada apa dengan nombor 11? Mengikut aliran Freemason, 10 adalah nombor tuhan. Jadi apabila nombor 9 terus ke nombor 11 ini adalah melompat tuhan mereka. Juga dikatakan sebagai kuasa sihir. Penggunaan nombor 11 adalah sangat meluas di kalangan mereka. Sebagai contoh, nombor ini digunakan di rumah ibadat mereka, juga berdasarkan kepada kitaran matahari penuh yang mengambil masa 11 tahun. Pada 9 September 1990, ucapan seorang pemimpin beraliran ini ada menyebut tentang Pemerintahan Dunia Baru akan berlaku selepas ini. Pada tahun kedua setelah berlaku kejadian 11 September, George w Bush, Presiden Amerika Syarikat telah mengumumkan akan menaikkan jumlah kekuatan tenteranya kepada 87 bilion orang. Pada tahun 1904, datuk Presiden Bush telah mengarang Buku undang-undang Syaitan sewaktu dia dirasuk dalam satu upacara ritual di dalam Piramid Giza, sama seperti mana yang ditayangkan dalam filem Wizard Of Oz iaitu berhubung dengan pancaran yang bernama aiwos. Setiap karyanya menggunakan symbol OZ iaiitu gabungan aiwos dan pan. Pan pula adalah tuhan kambing yang bertanduk.

Satu berita yang tersebar di internet yang umunya telah mengabaikan perkara ini adalah sewaktu Bush membaca buku datuknya dan membacanya dengan keadaan terbalik. Kerana umumnya diketahui unsur-unsur syaitan sememangnya menggunakan symbol yang terbalik. Filem Wizard Of Oz sangat berkait rapat dengan isu ini kerana memaparkan keadaan yang meragukan iaitu apabila suatu gerbang terbuka, akan terlihat bangunan seperti pyramid dan di belakangnya pula terdapat sekumpulan manusia yang mengelilingi suatu binaan yang tertera di atasnya simbol OZ. Dan disitulah digambarkan di mana gerbang bintang terbuka. The Sphere yang memang terdapat di tengah-tengah bangunan WTC yang telah dibina oleh Minoru Yamasaki. Dan ini dikatakan menyerupai atau menyamai kaabah. Mengapakah mereka meniru kaabah? Ini kerana terdapat tenaga yang kuat terhasil apabila dua lapisan gley bertembung. Dan kaabah pula merupakan garis tenaga yang paling banyak di bumi. Amalan ini adalah bagi melepaskan jiwa dari jasad yang terikat pada ruang dan masa supaya dapat mencapai sesuatu yang unik, indah dan kuat yang akan mengubah hidup seseorang yang melakukan ibadah ini. Buktinya adalah daripada mana-mana individu yang pulang dari Makkah. Mengapa pula 7 kali dilakukan? Ini kerana lapisan langit mempunyai 7 lapis.

SITI FAIZON BT OSMAN

 

 

SIRI 45

 

Video

 

Sinopsis

 

 

Video ini menjelaskan tentang tiga perkara penting. Yang pertama adalah kewajipan manusia dan jin beriman kepada Allah SWT. Allah SWT berkuasa atas tiap sesuatu. Dia tidak berkehendak kepada makhluk. Yang kedua pula adalah ibadat Haji merupakan perkara kelima dalam Rukun Islam. Semua umat Islam yang berkemampuan wajib menunaikan fardu Haji kerana ia merupakan suatu syariat Allah SWT. Kajian yang dijalankan mengapa ibadah agung ini perlu dilaksanakan adalah sangat baik kerana ianya dapat menambahkan keimanan terhadap Allah SWT. Umat Islam seluruh dunia menyembah ke arah Kaabah adalah kerana di situ kiblat  yang disyariatkan dan bukanlah kerana bangunan Kaabah itu sendiri. Sampai bila-bila pun kiblat tidak akan berubah sekalipun Kaabah itu tidak ada. Kerana kiblat ini adalah lambang penyatuan umat Islam.

Ibadat tawaf  yang dilakukan melawan arah jam dalam Haji dan Umrah adalah suatu proses penyatuan tenaga paling tinggi. Dari sudut kajian saintifik, perlakuan mengelilingi pusat bumi atau pusat cas positif ini dapat membuang segala dosa-dosa dan menyucikan rohani dan jasmani. Yang ketiga adalah berkaitan dengan gerakan illumaniti yang telah lama wujud tanpa disedari oleh manusia. Contoh yang diberi melalui video ini adalah peristiwa 11 September yang berlaku di Amerika Syarikat. Golongan ini mencipta simbol-simbol dan huruf-huruf yang mempunyai makna yang tersirat dan hanya dapat diketahui dengan kajian terperinci berkaitan dengannya. Contohnya nombor selepas nombor 9 adalah 10 dari sudut ilmiah dan logikal. Akan tetapi golongan ini melangkau dari nombor 9 terus ke nombor 11. Ini adalah yang dipanggil cabaran terbesar kerana ini melawan hukum. Contoh kedua dalam video ini adalah nombor kecemasan yang direka menggunakan nombor 911.  Secara halus nombor ini digunakan apabila orang memerlukan bantuan dan mereka tidak perlu lagi kepada bantuan Tuhan mereka. Perkara ini adalah bermotifkan kepada 4 perkara:-

Mencabar Tuhan dan semua para pengikutnya.

Menyampaikan mesej kemusnahan kepada Kaabah sebagai kiblat umat Islam.

Mempengaruhi politik seluruh dunia bahawa perlunya pemerintahan dunia yang baru.

Menghasilkan gerbang bintang paling jahat di dunia.

 

NUR HAMIDAH BT HJ HASSANER RAWTHER

 

No comments:

Post a Comment