SIRI 11
Sinopsis
Siri ke 11 The Arrivals telah memaparkan bahawa terdapat alatan yang digunakan untuk mengekalkan keaktifan sistem dajjal. Di antara alat yang paling berkesan adalah melalui media seperti lagu-lagu, iklaneka, wayang, kartun dan rancangan televisyen. Melalui media tersebut sama ada disedari atau tidak selebriti-selebriti telah menyampaikan mesej dan mengambil bahagian untuk memanipulasi. Ini kerana mereka sendiri menjadi idola kepada pengikut dan akan mencontohi apa yang dilakukan oleh yang ghaib dan akhirnya mereka akan taksub memuja selebriti-selebriti dalam industri tersebut. Perkara sebegini ini telah berlaku sejak abad ke 60-an lagi dengan penyembahan idola terdahulu. Penyembahan idola pada masa kini adalah disebabkan oleh rancangan televisyen antaranya seperti American Idol. Melalui siri Hashemfilms pula menyatakan bahawa wayang mempunyai mesej mengikut dua tahap yang berbeza iaitu mesej yang amat jelas bagi penonton umum yang tidak sedar dan mesej yang mempunyai makna yang lebih mendalam di sebalik produksi media yang dimiliki atau dikawal oleh yang ghaib dan ia boleh diaplikasikan dalam lagu-lagu. Contohnya, melalui lagu cinta yang ditujukan kepada kekasihnya. Sebaliknya ia ditujukan kepada dajjal dan sistemnya dalam bentuk penyembahan seperti yang dipaparkan dalam video klip penyanyi Britney Spears. Di dalam video klip tersebut juga memaparkan bahawa penyanyi tersebut telah menyanyi di hadapan orang ramai dan dibelit oleh seekor ular dan secara tidak langsung orang telah memahami lambang ular tersebut. Terdapat juga segelintir penyanyi yang menyampaikan mesej dalam lagu-lagu adalah berunsurkan kesyaitanan yang ditujukan kepada kita yang datangnya dari dajjal. Contoh pertama adalah dari video klip daripada penyanyi Madona yang telah bertukar menjadi burung gagak hitam dan menjadi seekor anjing hitam sambil menjalankan tugasnya sebagai seorang freemason. Contoh yang kedua adalah seperti dalam cerita Alice In Wonderland yang turut berunsurkan kesyaitanan. Perjalanan ini merupakan satu perjalanan yang agak susah tetapi ia merupakan sesuatu yang perlu dilalui untuk mencapai kebebasan diri dan minda.
KHADIJAH
SIRI 12
Sinopsis
Salah satu strategi perjuangan kaum globalis adalah dengan mengawal dan mendominasi fikiran dan kesedaran umat manusia atau yang lazim disebut dengan istilah "The Mind Control" atau Kawalan Fikiran Manusia. Peralihan idea dalam penyebaran asas-asas dajjal ini dapat dilihat dari segi hiburan nyanyian khususnya di mana globalis menggunakan artis sebagai jentera berpengaruh dalam menyebarkan illuminati ini.
Waima sehalus alunan lirik atau muzik sekalipun boleh meniti di bibir sesiapa sahaja mahupun orang Islam ataupun bukan Islam melalui alunan genre mengikut perkembangan zaman supaya dapat menarik halwa telinga yang mendengarnya. Dengan susunan bait lagu yang puitis dan lenggok penulisan literatur yang sukar difahami, melenyapkan rasa ingin tahu maksud tersirat setiap bait dan motif sebenar lagu yang didendangkan.
Selain itu, pengaruh sekularisme berlandaskan asas-asas dajjal ini diterapkan melalui media sosial seperti klip video. Terdapat ada dalam kalangan yang memahami agenda mereka, ia tidak membantutkan niat yang sedia ada kerana lebih ramai golongan muda mudah terpengaruh. Walaupun sudah diterangkan maksud sebenar mesej yang disampaikan dalam perbuatan klip video tersebut, golongan muda lebih mudah mengambil ringan dengan menganggap hanya meminati lagu dan tidak beramal dengan isi hiburan itu.
Dalam hal sebegini, perkara kecil dan enteng membawa pengaruh yang besar dalam iman seseorang manusia. Hiburan yang melalaikan, tidak mengingatkan manusia itu kepada Allah boleh menyebabkan terpesongnya akidah seseorang itu dalam sedar ataupun tidak.
Maka sekularisme bukan hanya berlaku dalam pemisahan agama dengan dunia politik dan pendidikan semata-mata, tetapi juga pemisahan agama dalam bidang hiburan. Seharusnya seni hiburan mengikut cara Islam perlu diterapkan kepada masyarakat sebagai satu fitrah dan sebahagian dari Islam.
ZAIFA
No comments:
Post a Comment