SIRI 1 - PENGENALAN
Sinopsis
MAIZANA BT MARJOM
SIRI 2 - PENGUASAAN MINDA
Sinopsis
NOOR AZORA BT MOHAMAD MOKHTAR
SIRI 3 - PENGUASAAN MINDA KANAK- KANAK
Sinopsis
NOOR AIN BT MOHAMAD ARIF
SIRI 4: BUKTI-BUKTI KETIBAAN DAJJAL
Sinopsis
SIRI 5: SENIBINA DAN TENAGA
Sinopsis
MOHAMAD NASIR BIN NOOR AZEMY
Sinopsis
Bahagian 1
ini merupakan Pengenalan kepada siri “The Arrivals” yang
membawa maksud Ketibaan. Ia diterbitkan oleh Noreagaaa dengan kerjasama
Achernahr. “Ketibaan” adalah
video bersiri yang mendedahkan bukti-bukti penyiasatan mereka tentang tanda-tanda ketibaan dajjal antichrist, imam al mahdi dan
kedatangan semula Nabi Isa (al-Masih). Penerbit meminta
penonton menyebarluaskan beberapa maklumat penting yang diperolehi kepada masyarakat dunia agar mereka
menyedari apa yang sebenarnya berlaku di dunia ini. Asas-asas ketibaan Dajjal seperti dalam ayat 39 dan 40
Surah al Hijr.
Penerbit membacakan peringatan Allah di
dalam ayat 102 daripada Surah Al Baqarah yang mengenai puak-puak syaitan yang
mengikut dan mengamalkan ajaran sihir sejak pemerintahan Nabi Sulaiman lagi. Video
kemudiannya menceritakan latar belakang kemunculan sihir yang di dalangi oleh
syaitan dan orang-orang Yahudi. Pendedahan tentang perancangan orang Yahudi dalam
usaha mengawal dunia mengikut kemahuan mereka melalui Pemerintahan Dunia Baru
(New World Order). Bukti-bukti asas yang mereka sedang bina untuk menguasai
dunia dan tanda Ketibaan Dajjal ada di sekeliling kita.
MAIZANA BT MARJOM
Slot ini
menyampaikan mesej bahawa Al-Quran telah mengkhabarkan tentang
perkara-perkara yang akan berlaku pada hari yang akan datang dan kewujudan
turunnya Nabi Isa menentang Dajjal. Persengketaan syaitan yang berikrar akan
menyesatkan setiap anak Adam yang lahir ke muka dunia ini berpaling dari
beriman kepadaNYa. Anasir-anasir sihir, sesat dan amalan purbakala digunakan
bagi membuktikan kesamaan diantara yang benar dengan yang batil (mengelirukan).
Bagi golongan kafir mereka merancang misi yang kukuh dengan menggunakan
kedudukan, pangkat dan kuasa bagi menyebarkan agendanya, semua ini telah
berlaku dari zaman dulu kala lagi.
Oleh itu mereka
giat merancang dan melaksanakannya tanpa mendapat penentangan daripada golongan
kafir Yahudi, Nasrani, Musyrikin. Mereka
bersepakat menyebarkan propagandanya kepada orang-orang Islam dari menerima
kenyataan bahawa tuhan yang satu iaitu Allah SWT dan menerapkan kepercayaan
adanya kuasa yang lebih hebat dariNya. Mereka akan tetap berusaha
menyesatkan kaum Muslimin dan menghancurkannya walaupun sampai ke medan jihad.
Bagi kaum Muslimin yang sudah mengetahui tentang perancangan golongan
musyirikin tersebut dan bersedia untuk menentang hingga titisan darah yang
terakhir (jihad fiisabillah) serta memperkuatkan pegangan aqidah dan tauhid
dari dipermainkan dan dipersendakannya sepertimana sejarah-sejarah
terdahulu. Ini adalah jalan-jalan yang
diredhai oleh Allah SWT didalam menegakkan kebenaran.
MOHD AZALI BIN OMAR
SIRI 2 - PENGUASAAN MINDA
Sinopsis
George Carlin mendedahkan Freemason menggunakan media untuk mempengaruhi manusia
dengan cara menguasai pemikiran dan kepercayaan
secara sedar atau tidak sehinggakan kita
menganggap mereka sebahagian dari kehidupan kita. Senjata yang mereka gunakan telah pun berada
di dalam rumah kita, menghibur setiap ahli keluarga kita dan secara tidak
langsung, mempengaruhi kehidupan kita.
Dalam kehidupan hari kini, kita menghabiskan lebih
banyak masa bersama televisyen, wayang
gambar, permainan video, internet, cerita dongeng dan lagu lagu. Ia telah
menjadi satu aspek penting dalam kehidupan kita. Semua media-media ini menyalurkan maklumat yang banyak ke dalam
minda kita secara sedar atau tidak sedar. Setiap masa kita dilonggokkan dengan
ledakan maklumat berkenaan moral
dan perbezaan di antara baik dan buruk sehinggalah bagaimana sesebuah masyarakat dan ekonomi
harus dibentuk. Media-media ini memainkan peranan penting dalam menyediakan
asas untuk menentukan pandangan dan hala tuju seseorang individu. Kita seolah-olah sedang dipukau
dengan lakonan dan sandiwara mereka.
Mereka memiliki pegangan saham-saham di dalam syarikat-syarikat media
massa, media elektronik dan teknologi
maklumat secara langsung atau tidak langsung semata-mata untuk mengawal,
mempengaruhi dan mencorakkan setiap populasi di bumi ini dengan cara
mempengaruhi pemikiran. Mereka menguasai industri muzik, wayang, hiburan dan
bahan lucah untuk satu tujuan iaitu mempengaruhi kita melalui penguasaan minda. Mereka telah
merangka dengan baik satu pelan jahat untuk memesongkan pemikiran manusia
kerana masyarakat yang tiada pedoman dan hilang arah,akan senang dikuasai dan
masyarakat itulah yang sedang mereka bina untuk ketibaan dajjal.
NOOR AZORA BT MOHAMAD MOKHTAR
Slot ini mengisahkan bahawa media massa zaman kini
telah dikuasai oleh Freemanson bertujuan
untuk melaksanakan agenda jahat bagi memesongkan pemikiran manusia. Di samping
itu mereka bijak memancing pemikiran manusia dengan mencipta pelbagai medium
hiburan seperti televisyen, wayang gambar, video dan alat permainan bagi
melalaikan manusia dari melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka
bumi. Masyarakat juga di momokan dengan
angan-angan kosong bahawa kita tidak perlu berusaha keras untuk mendapatkan apa
yang dinikmati yang berupaya mempengaruhi para penontonnya bermula dari awal
kanak-kanak, remaja, pemuda-pemudi dan merangkumi setiap lapisan golongan
masyarakat. Ia bertujuan supaya masyarakat akan menerima apa sahaja yang disampaikan
oleh mereka walaupun perkara tersebut akan memudaratkan dan membinasakan mereka
semula. Masyarakat yang terbentuk akan menjadi masyarakat yang tidak dinamik
dan terkongkong pemikirannya serta mudah dieksploitasikan dan dikuasai oleh
pihak dajjal.
MUHAMMAD SAID BIN SULONG
AHMAD
SIRI 3 - PENGUASAAN MINDA KANAK- KANAK
Sinopsis
Bahagian
3 ini menceritakan mengenai cara penguasaan minda kanak-kanak. Sekularisme
merupakan sebuah ideologi yang pada mulanya berkembang di dunia Barat dan menyebar
hampir ke seluruh penjuru dunia tak terkecuali dunia islam. Fahaman ini
mempunyai tujuan iaitu untuk memisahkan antara hak Tuhan dengan hak Manusia
atau memisahkan antara urusan Manusia dengan urusan Tuhan. Di dalam era
perkembangan yang serba moden dan makin canggih
ini, terlalu banyak cara dan teknik yang dilakukan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab lebih-lebih lagi musuh- musuh islam untuk mempengaruhi dan
menguasai minda kanak- kanak terutamanya kanak- kanak Islam. Pelbagai teknik
dan cara yang dilakukan termasuklah lebih banyak menyalurkan maklumat-maklumat
yang buruk berbanding yang baik.
Terlalu
banyak info- info yang tidak berfaedah
yang didedahkan kepada kanak- kanak untuk merosakkan pemikiran kanak-
kanak. Diantaranya didedahkan dengan budaya seks bebas, pemakaian yang menjolok
mata, majalah- majalah yang menghairahkan, bahan- bahan lucah serta permainan
yang melalaikan dan tidak berfaedah. Kesemua ini akan menyebabkan pemikiran
kanak- kanak kian rosak.
Sebagai
kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa sewajarnya mengambil tahu serta mengambil
berat dan sentiasa membuat pemantauan yang kerap agar pemikiran kanak- kanak
tidak dikuasai oleh pengaruh budaya Barat yang sentiasa mencari idea dan cara
terbaru yang lebih berkesan untuk menguasai minda kanak- kanak.
NOOR AIN BT MOHAMAD ARIF
Siri 3 mengisahkan bagaimana pihak Freemason menguasai minda
awal usia kanak-kanak melalui industri-industri perfileman yang berbentuk
video-video porno dan cerita-cerita yang
berkelakuan lucah dan tidak bermoral. Ia dipaparkan dalam cerita-cerita kartun,
lukisan-lukisan yang berbentuk lucah yang ditayangkan terus tanpa mendapat
tapisan. Pihak dajjal memang dengan sengaja mereka kisah-kisah tersebut yang berupaya
mempengaruhi minda sedar dan bawah sedar kanak-kanak yang sekali gus akan
membentuk sikap dan tingkah laku yang negatif.
Bagi memastikan golongan awal kanak-kanak ini terjaga dari anasir-anasir
barat yang merosakkan, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan bijak memilih
bahan hiburan yang berlandaskan syariat dan sentiasa memantau aktiviti
anak-anak mereka supaya tidak terus terjebak dengan anasir jahat ini tanpa
disedari. Anak-anak juga perlu diperteguhkan akidah dan akhlak bagi menjadi
perisai daripada terus tenggelam dengan kesesatan dajjal.
AMIR SHARIFUDDIN BIN BAHAR
MOHD HAFIZ BIN TAJUDINSIRI 4: BUKTI-BUKTI KETIBAAN DAJJAL
Sinopsis
Penyelidik
Noreagaa dan Archernahr menjelaskan tentang bukti-bukti ketibaan Dajjal menurut
(Revelation : Injil) ‘ Dan daku berdiri di atas pasir pantai dan melihat
raksaksa bangkit dari laut, mempunyai 7 kepala dan 10 tanduk dan di atas
tanduknya 10 mahkota dan di kepalanya tertulis ‘ Kafir ‘. Dan raksaksa yang
daku lihat seperti harimau, dan kakinya beruang dan mulutnya singa dan naga itu
memberinya kekuatan dan takhtanya dan kuasa pemerintahan yang kuat’.
Kolej British Heraldy, menggunakan suatu sistem garis
panduan selama 500 tahun mencipta lambang diraja Britain yang mendedahkan
asal-usul Yahudi Britain. Menurut kitab Injil hati di tengah melambangkan raja
Yahudi iaitu David, singa dan kuda bertanduk yang memegang perisai melambangkan
negara Israel. Moto pada perisainya bermaksud Tuhan dan “ Hak Saya “
melambangkan hak tulen British untuk memerintah dan takhtanya yang abadi. Penyelidik juga menyimpulkan tentang
persamaan lambang diraja Britain dengan apa yang disebut dalam Injil tentang
Dajjal. Jangkaan kemunculan Dajjal juga tidak lama lagi kerana tanda-tanda asas
ketibaannya sudah ada di sekeliling kita misalnya lambang diraja Britain pada
Buckingham Palace di London, kotak rokok Marlboro dan banyak lagi.
Motto ‘ veni – vedi – vici ‘ yang
bermaksud saya datang, saya lihat, saya menjajah adalah motto yang digunakan
oleh Persaudaraan Hitam. Kumpulan rahsia ini menggunakan lambang tengkorak dan
tulang. Lambang
ini turut dipopularkan oleh artis barat dan juga orang kenamaan sehingga hari
ini. Kumpulan ini jugalah asal-usul keluarga George W. Bush iaitu datuknya
Prescott Bush dan keluarga diraja Amerika yang lain turut terlibat mengasaskan
Persaudaraan Hitam. Seruan penyelidik agar kita memboikot produk kumpulan ini
atau Zionist contohnya Starbucks, Mont Blanc dan sebagainya yang menerima
beberapa anugerah kehormat pada Ulangtahun Ke-50 Kehormat Rakan Zion Israel.
Lambang bintang ’Star’ adalah Israel dan Bucks iaitu duit.
Pemerintah-pemerintah yang berpaksikan Zionist juga membelanjakan duit untuk
melaksanakan agenda-agenda Zionist.
MOHD FAUZI BIN MOHD EFFENDI
SIRI 5: SENIBINA DAN TENAGA
Sinopsis
Konsep tenaga adalah penting dengan tujuan menyalur tenaga yang berkait
rapat dengan binaan arkitek. Namun apa yang lebih penting sekali ialah amalan
yang dilakukan di dalam bangunan tersebut akan menentukan tenaga yang akan
dikeluarkan sama ada positif (kebaikan) dan negatif (kejahatan). Binaan dengan
berbentuk pyramid, oktagon dan kubah adalah rekabentuk yang paling kuat dan
efisien untuk menyalurkan tenaga. Para elit memahami konsep ini dengan baik dan
ia dibuktikan dalam cara mereka membina bangunan mereka sendiri yang bertujuan
menyalurkan tenaga negatif atau jahat. Sebaliknya masjid, gereja dan sinagog (
rumah kuil Yahudi) adalah menyalurkan tenaga positif.
Oleh itu jangkaan pada suatu masa nanti akan
berlaku peperangan tenaga yang mana
Dajjal tidak boleh muncul jika
tenaga di dunia ini ada pada satu kadar
tertentu. Rakaman oleh Achernahr pada awal tahun 2008 menjelaskan binaan
bebola dan corak hitam putih menuju ke puncak bebola di atas, penyilangan dua,
percantuman, tiga piramid dan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia iaitu
Burj Dubai adalah binaan para elit. Sejak pembinaan Burj Dubai yang telah
melepasi ketinggian 2300 kaki, iklim Dubai yang dahulunya padang pasir tandus
kini sentiasa berada dalam keadaan berkabus dan fenomena ini tidak dapat
dijelaskan oleh pakar-pakar kaji cuaca.
Menurut kajian para elit
telah membina semua bangunan penting di dunia dibina di atas persilangan garis-garis
Ley yang menandakan titik tenaga strategik pada bumi. Apabila geometri suci,
garis-garis Ley dan binaan arkitek disatukan akan terhasillah sesuatu bernama ’
Stargate’ iaitu kaedah membuka pintu kepada alam lain. Lambang bintang Israel
melambangkan persilangan dua alam dan dalam kes Zionist ia melambangkan
persilangan kejahatan. Obelisk adalah satu binaan kejahatan yang penting bagi
para Firaun terdahulu dan ia boleh ditemui di sekeliling kita misalnya Mesir,
Vatican dan sebagainya. Bukti-bukti pembinaan ini mengukir kepada kemunculan
Dajjal.
MOHAMAD NASIR BIN NOOR AZEMY
No comments:
Post a Comment