Monday, September 9, 2013

Pengenalan The Arrival

The Arrival memaparkan 50 siri dokumentari yang mendedahkan konspirasi Yahudi atau yang lebih tepat lagi ialah Freemason / Illuminati ke atas dunia. Ada pro dan kontra kebenaran apa yang dipaparkan. Ada beberapa pihak (contoh 1, 2, 3) yang skeptical dengan apa yang dipaparkan namun ada yang didedahkan itu sukar untuk dinafikan dan ada juga yang boleh dinafikan. Walau bagaimanapun, menafikan langsung konspirasi pihak tertentu untuk menguasai dunia secara global, bukanlah suatu yang bijak. Sebagai umat Islam, perlu mendapatkan pelbagai sumber maklumat dan menelitinya dengan adil sebelum membuat apa-apa keputusan. Adalah diharapkan pendedahan yang dibuat ini, memberikan suatu input kepada umat Islam.
 
Ikuti pengenalannya di sini
 


Secara umumnya, siri ini berkisar mengenai kedatangan Dajjal yang telah diceritakan oleh Nabi-Nabi sejak dari dahulu lagi. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat manusia di akhir zaman. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang mafhumnya ,

“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim .

Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak kerana sedarkah anda bahawa kita lah golongan di akhir zaman. Dalam pada masa umat Islam berusaha menyedarkan diri mengenai bahaya Dajjal dan berlindung darinya, ada pula pihak yang menunggu-nunggu dan memuja kedatangan Dajjal ini. Pelbagai perancangan telah dilakukan selama berkurun tahun lamanya dalam menyambut ketibaan Dajjal ini. Mereka berusaha membuatkan umat Islam leka dengan keindahan duniawi yang menipu dan lupa akan bahaya fitnah Dajjal ini.

Siapakah mereka ini? Apakah perancangan yang telah dilakukan mereka? Adakah kita telah termakan tipuan mereka selama ini?Jawapannya boleh anda temui dalam siri Satu Kedatangan (The Arrivals) ini sebanyak 50 siri.